Semalam, 2/7/2013 Saidah hadir 'talk' bertajuk The Challenging World: The BRICs and the Next 11s yang disampaikan oleh Jim O' Neill, former Chairman Goldman Sachs Asset Management. Di bawah antara sebab kenapa Saidah selalu hadir siri 'talk' oleh Asia Scotland Institute.
Untuk pengetahuan, Asia Scotland Institute adalah institusi yang ditubuhkan dengan dasar pemikiran Adam Smith, 'economist' popular yang dilahirkan di Edinburgh, bertujuan untuk menjadi pemikir ekonomi Scotland, khususnya bila Scotland jadi berpisah dengan England.
"Jim O’Neil, former Chairman of Goldman Sachs Asset Management and the creator of the term BRICs will be at the Business School of Edinburgh University. This is an opportunity not to be missed by anyone interested in the challenges of the Asian markets and a chance to hear and meet one of the leading economists and thinkers in the world. "
BRICs merujuk kepada negara yang sedang berkembang pesat dalam pasaran market antarabangsa: Brazil, Russia, India dan China. Bagaimanapun, pendapat-pendapat terbaru menyenaraikan the Next 11 (N-11), yang mengikuti di belakang BRICs. N-11 terdiri daripada Bangladesh, Egypt, Iran, Indonesia, Mexico, Pakistan, Philippines, South Korea, Turkey, Nigeria dan Vietnam. Senarai N-11 dikenalpasti oleh Goldman Sachs investment bank and economist Jim O'Neill dalam kertas pembentangannya - sebagai negara berpotensi tinggi di belakang BRICs, negara-negara ekonomi terbesar dunia menjelang abad ke-21.
"Goldman Sachs has adopted the term "Growth Markets" to describe some of the world's most dynamic and fast-growing economies. Some of these markets are already transforming the global economy; others offer the potential for significant growth in the coming decades."
Anatar initipati perbincangan dan pembentangan oleh Jim O'Neill:
- Pertumbuhan ekonomi yang pesat tidak hanya berdasarkan negara yang penduduknya ramai seperti China dan India, tetapi ditentukan oleh bagaimana produktifnya penduduk di negara tersebut.
- Contoh terbaik adalah Germany, negara yang terbaik infrastruktur dan budaya kerja rakyatnya. Germany dicemburui negara-negara Eropah yang lain kerana maju, lebih daripada UK. Kelas Saidah majoriti rakyat Germany, dan berpeluang bersembang banyak perkara. Antaranya, mereka sangat menepati waktu, baik untuk diskusi dan sebagainya. Jika pengangkutan awam di Germany lambat lebih 5 minit, mereka memang tak boleh bertoleransi. Cara kerja mereka juga bagus, waktu kerja adalah masa untuk kerja. Dan jarang untuk mereka balik lewat melewati waktu 'office hours'.
- Germany, menurut IMF, berada di ranking pertama Top 20 Wealthiest Nations, diikuti Qatar, Norway dan seterusnya.
- Di Asia, South Korea merupakan negara kedua Most Inspiring Country selepas Singapore.
- Di bawah tajuk Growth Markets 2020: The Next 11 tersenarai, termasuklah Indonesia. Tapi, melihat kepada Visi 2020 Malaysia, alangkah sedih Malaysia tidak tersenarai di peta pelaburan antarabangsa.
- Senarai BRICs dan N-11 adalah berdasarkan Growth Environment Score (GES) yang menyeluruh rangkumannya; iaitu 'Corruption, Rule of Law, Political Stability, Openness, Investment, Government Deficit, Public Debt, Inflation, Life Expectancy, Schooling & Personal'.
- China, negara yang ke depan dalam ekonomi dunia sekarang, adalah 4% 'growth'- bersamaan dengan 'growth' USA dalam masa 4 tahun.
- Antara kekuatan China, China mempunyai 'strong decision making'. Lihat sahaja dalam kawalan bank-bank di China, yang dapat mengawal aliran matawang asing.
- Korea Selatan berjaya walaupun tiada komoditi untuk dipasarkan atau 'natural resources', tetapi mereka berjaya. Bukan kerana faktor negara yang besar semata-mata.
- Antara faktor kejayaan Singapura, adalah kerana 'good governance'. Singapura telah sedia lama menarik bakat-bakat dan cerdik pandai daripada Asia Tenggara, kerana salah seorang kenalan Singapura Saidah mengakuinya. Kerajaan Singapura membiayai pendidikan sehingga peringkat tertinggi dan diwajibkan untuk bekerja di Singapura.
- Selain tu, yang setakat Saidah belajar, Singapura telah ada komuniti Inovasi yang sangat fokus dan menyeluruh dalam Singapura sendiri.
- Sebelum 'talk' ni, Saidah ada berdialog dalam 'talk - Global Order and Starategy for the Global Emerging Market' dengan Dr. Vladimir L. Krint, Foreign member of the Russian Academy of Sciences dan member of the Bretton Woods Committee.
- Dr. Vladimir adalah merupakan salah seorang yang menolong membuat dasar Visi 2020 Malaysia awal 1990-an. Katanya, Malaysia waktu itu negara yang hebat kerana mempunyai 'long term vision'. Adalah terkesan apabila negara sekarang tidak kelihatan dalam merealisasikan Visi 2020 nya.
- Mungkin benar-katanya "Strategic plan is not strategy, but strategic plan need to deliver strategy".
Sekian.=)
No comments:
Post a Comment