Pages

Saturday, 29 June 2013

Rezeki yang tak disangka-sangka...rantaian yang membuatkanku termenung sejenak...Subhanallah...

Entri kali ni nak cerita pasal pengalaman Saidah jadi peserta Scottish Enterprise Institute (SIE) Bootcamp 2013 di University of Stirling. Memang pelik, dan banyak hikmah tersirat...membuatkan ku tak terkata...

Alkisahnya, Bootcamp 2013 ni Saidah je yang muslim. Tapi tu bukan masalah. Nak dijadikan cerita Saidah terjumpa famili Melayu di tempat yang asing ni.., hari pertama kem ni, pada 26 Jun 2013 ar, petang tu peserta program, dalam 20 orang termasuk Saidah, diberitahu makanan malam disediakan tepat 6.30 petang. Kami kena datang "on time".


Dewan makan tak jauh, dekat je..tapi Saidah tak pergi sekali dengan kawan-kawan, sebab baru lepas solat asar, yang masuk dalam 6.10 petang hari tu. Lalala..okey, dah ade kupon yang tertera nama cafe, Saidah tak ambil kisah la, bila handphone & duit tak bawak. Dalam hati, "ala, aku tau ler mana nak g., g sorang pun takde masalah". hehe..apelagi, slamber & sakan sungguh la p amik gambar pulak kat tepi tasik dalam perjalanan ke cafe...Cafe tu kat sebuah dewan yang ade sekali wayang, teater, perpustakaan, kedai runcit, surau,,waaa...kelas gituu...
haa, ni gambar yang sempat klik klik klik..





Cantik sungguh kampus Stirling ni...Tengah jalan-jalan sengsorang, tetiba nampak akak pakai tudung dengan anak dia. Haa, ni mesti Malaysian. lari-lari anak nak pergi tegur diorang. "Assalamualaikum kak, bla bla bla..."(peramah la katakan).hehe.. namanya kak Ros, buat PhD bawak famili. Tak sangka dia, ade orang Malaysia, bujang & sorang pulak tu mai tegur. " Maila datang rumah, ikut akak, makan & akak bawak jalan-jalan". Waaa.."Takpelah akak, saye ade kupon free ni, lagipun ade dinner disediakan". Tolak sopan gitu. Tapi sempat lagi nih "akak, tolong boleh?saye nak amik gambar..hehe..tolong ambilkan kak, dengan anak akak". Haha, berani lak amik anak orang, padahal aku yang nak ade gambar masa tu...hihi...


Akak tu pun pergi "bus stop", nak tunggu bas untuk balik ke rumah. Saidah pulak, masuk ke cafe dengan yakinnya. Huhuhu..tak jumpa member-member. Tengok kupon, laa...kupon free untuk minuman je. Macam "wine, beer, sof drink". Habis tu? Aduh, lapar pulak, tak bawak duit. Perut dah bunyi, lapar. Tengahari makan sandwich salad je. Makanan tengahari mat saleh ringan je, perut Melayu memang tak boleh tahannnn..Saidah pun keluar dari cafe, "harap-harap akak tu ade lagi". Alhamdulillah, akak tu ade tengah tunggu, hampir nak naik bas. Akak!!! Saidah panggil. "Saye tak jumpa kawan-kawan. Lapar ni..nak ikut rumah akak, tapi duit & handphone tak bawak kak". " Takpe, akak ikut Saidah balik bilik asrama." Waa..sungguh baik hati.

Balik rumah, akak tu cerita macam-macam. Tips untuk masa depan. Hehe. Tapi Saidah lagi banyak cakap kot.hahaha..."maafla kak, saya memang tak malu sikit, teruja jumpe akak, banyak cakap pulak saye". Gituuuu..haha..


Haa, gambar ni lepas kenyang dah semua. hehe..3 kali tambah tu. "Lapar kak!". Makan nasi arab, daging masak kunyit & apam. "Mujur kite terjumpa,hehe". Akak tu cakap. Alhamdulillah...

ALKISAHNYA...

Hari terakhir program, Saidah mohon keluar awal, sebab ada "informal meeting" dengan VC Universiti Putra Malaysia (UPM) di Glasgow. Sejam ke sana dengan bas. Memang hikmah Allah bagi tau, Saidah jumpa akak tu, Saidah tahu macam mana nak naik bas dari University of Stirling ni ke bandar, dan tempat stesen bas. Kalau tak, serius Saidah tak tahu!

Dalam bas, Saidah duk mesej kawan, takut Saidah lambat & terlepas jumpa VC UPM tu. Sejam naik bas, Saidah akhirnya sampai Glasgow. Tapi tak tahu macam mana nak ke universiti tu- naik bas dari Buchanan Bus Station. Akhirnya, naik teksi. Bagitau dia, Saidah nak cepat sampai, sebab dah terlewat. Konon ade interview.hehe. (Padahal nak dia ikut jalan pintas, biar tambang murah sikit).

Alhamdulillah, jumpa VC sendiri. Majlis baru mula. Tak ramai pun datang. Member-member Saidah jugak. VC tu Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan. Datuk datang dengan Registrar UPM, Datuk jugak..Waa, orang-orang hebat, tapi merendah diri dan sempoi. Perghh..

Banyak soalan ditanya. Mengenai Tenaga Akademik Muda UPM. Antaranya:

 -Yang datang majlis ni, insyaAllah dapat peluang ni, yang akan dapat emel pengesahan lepas raya aidilfitri nanti.
- Yang dah belajar di UK, boleh terus tak balik. Bila dah ada tempat untuk PhD, boleh automatik skim ni akan berjalan.
- Yang dah balik Malaysia, tak payah cari kerja. Kerja kamu adalah cari tempat buat PhD. Kerajaan/UPM akan taja buat PhD samada dalam atau luar negara, asalkan top universiti yang dipersetujui dekan fakulti.

Alhamdulillah. Saidah nak "secure", terus ambil borang Saidah. "Datuk, saya akan balik bulan September nanti. Camne tu Datuk, status saya nanti?" "Baik, saya tulis kat borang awak ni; balik September-sila pantau".

Waa...insyaAllah, ada rezeki, adalah. Datuk Registrar tu bagi jaminan, "awak tak perlu cari kerja sampai saya saya bagi emel lepas raya nanti". =D

Itulah alkisahnya. Saidah memang banyak perancangan kalau dapat skim ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Sekian.

p/s: sempat ambil gambar lepas majlis di bandar Glasgow dengan member-member PhD. Banyak tips dapat. Terima kasih ya Allah.





No comments: