Pages

Thursday 13 June 2013

Laptop buat masalah lagi...5x ganda kos baiki di kedai luar bila kat UK nii..=(

(Sigh)...Ni kali ketiga Saidah plugged off my laptop cable, accidentally while i am using it.

Pertama, masa kerja dulu, kat rumah sewa di Vista Angkasa, KL. Masa tu, tak tahu nak buat macam mana, sebab tak percaya, tercabut macam tu je, takkan boleh rosak pulak. Akhirnya, dapat elok balik, takde bayar ape2, sebab bawa pergi ke PJ Mall tu, abang Cina goncang-goncang laptop Saidah, terus baik, boleh hidup. Huhu.."kena goncang-goncang rupanya"..Happy sebab tak perlu bayar.

Kedua, masa kat sini, kat dalam bilik di rumah sewa High Riggs, Edinburgh. Masa tu, Januari. Cuai betulla Saidah ni...haiyoo.. panikla, sebab goncang-goncang punyaa, tak hidup2. Ketuk-ketuk, bersembang dengan die pun tak jadikk.aaa..geram! Pastu, telefon abang Melayu kat sini, dia dah berkeluarga, paling lama menetap di Edinburgh, sebab masalah tertentu. P/S: hampir-hampir nak beli baru tau, 'survey' gila-gila laptop kat sini untuk dibeli, yang 2nd hand pun takpe. Tup-tup, abang tu kata boleh hidupkan balik, motherboard shocked. Alahai..rugi masa Saidah je 'survey' tak ingat dunia selama seminggu lebih. Dia caj £100. Mahal kan?? Cuba convert ke MYR! Hanya untuk format & masukkan antivirus Kapersky yang biasa-biasa je. Tapi, takkan nak cakap takpelah abg, Saidah nak laptop balik, macam tu je...sebab dia dah buka semua..Dia pun susah jugak hidup kat sini..ingat niat menolong ja la..huhu..kat kedai harga format laptop £90 tau. Bayangkan, kat Malaysia boleh dapat RM15 je. Jadi, siap-siap bawa backup software ye nak datang UK..

Ada je Laptop Clinic, free service oleh pihak Universiti, tapi tak boleh tunggu!gelisah betul tak boleh nak buat kerja. Huhu...Abang tu cakap, laptop dah rosak, kena beli baru! Laptop kat UK yang harga £400, boleh beli laptop kat Malaysia pulak dalam harga RM3000.00. Barang elektronik macam hard drive, laptop tak berbaloi beli kat UK. Contoh, nak beli hard drive 500GB, di UK £100, manakala kat Malaysia boleh dah dapat RM120.00..Memang betul-betul harga serupa, tapi currency tu..mak aiii...jauh beza! Nak beli je Ipad, tapi..kat Malaysia lagi murah. Jadi, sesiapa nak beli atau kirim barang elektronik PC camni, tak perlu ya..mahal!

Ni haa, pagi ni, Saidah tertarik kabel laptop. Adoi-adoiii...ingat nak 'study' kat rumah je, ni kena la tinggal di 'library'. Takpelah. Pukul 2 petang ni, Laptop Clinic di tingkat 2 Main Library University buka. Harap-harap dia boleh tolong..huhu...

No comments: