Ni cepat-cepat Saidah menaip, sebab kekangan masa..jadiknye "simple" je lah, nanti ade penambah baikan lagi...Langkah- langkah yang patut diambil tahu:
1) Dapatkan surat sokongan 2 orang pensyarah yang tahu pasal kita. Jadi, sebelum habis belajar tu, dah buat siap2. Kita yang kena karang sendiri dulu taw. Pastu bagi buat "appointment", bagitahu sekian2...bawa tunjuk dalam "hard copy" dan "soft copy".
2) Siapkan surat "personal statement" dan "resume" untuk sambung belajar. Contoh memang banyak di internet. Tapi, nak dapat top universiti, janganlah buat kerja malas - "plagiarism".
3) Sediakan kewangan jugak. Anggaran paling asas: IELTS (Peperiksaan- RM 600.00) + Visa (RM 1500.00) + Passport (2 tahun- RM 150.00, yeke??lupe..hehe)
4) Berdaftar untuk ambil ujian IELTS - untuk ke UK/ Australia/ Canada atau TOEFL - untuk ke USA
- Boleh ambil di IDP, Subang Jaya atau di British Council, KL @ P. Pinang.
- Lihat dan baca apa itu IELTS, bayaran peperiksaan dia, dll.
- Tak mahu ambil kelas IELTS, boleh beli buku IELTS @ muat turun "soft copies" kertas2 peperiksaan IELTS melalui "software" Utorrent @ pinjam buku di perpustakaan @ "google" je pasal IELTS
# sekarang senang, RAJIN2 kan meng "google" ..=)
- Lihat syarat program tu. Universiti nak berapa syarat lulus untuk memohon. Band 6.5 paling cikai nak mohon. Kebanyakan nak Band 7.0..paling tinggi Band 9.0.
Ape lagi yer...huhu~hmmm...
5) Ahhaa..sesiapa yang dulu belajar guna PTPTN, wajib buat surat minta pelepasan/ penangguhan bayar sebab mahu sambung belajar. Samalah dengan JPA. Surat pelepasan tu, akan diterima dari PTPTN/ JPA yang mereka dah maklum pasal kita. Kalau tak buat, tak boleh terbang!hehe
6) Conditional offer @ Unconditional offer??
Okey, bab ni penting kena tahu. Conditional offer - maksudnya kita dah ada tempat kat Universiti tu, tapi syarat IELTS tak dipenuhi (tak buat lagi @ tak dapat band yang die mahu). Tapi, kalau lambat wat IELTS (universiti akan bagi tempoh - dalam 1-2 bulan), tawaran/ tempat untuk kita akan ditarik balik.
Unconditional offer - Haa, dah boleh plan nak wat visa & kenduri dah. Tahniah. Semua dah lulus, takde halangan daripada pihak universiti.
Setakat ni je dulu yek...betul2 dah dapat offer universiti( tengok "ranking" ni http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/ dan dah buat yang Saidah senarai kat atas tu, baru tanya) ye..
P/S: Sejak tahun semester pertama Ijazah Saidah dah target nak belajar luar negara...usaha dan carian sendirian berhad...tapi sungguh kata orang, usaha yang jerih dan tak putus asa tu, bila dapat genggam hasilnya...nikmatnya manisss sekali..hehe
Kat sini, Saidah berkongsi contoh "referee letters" untuk rujukan sesiapa yang memerlukan. Harap dapat saham akhirat - sedikit-sebanyak membantu kawan-kawan untuk menuntut ilmu.
Sekian=)
No comments:
Post a Comment