Pages

Saturday 2 March 2013

Sambungan...(bagi yang tak sempat sediakan IELTS @ referee letter)

Sambungan dot dot dot

Okey, buat masa sekarang, pasti ada kawan-kawan tak sempat menyediakan surat-surat @ dokumen yang saya bagitahu sebelum ini. Untuk yang layak (pelajar semester akhir Ijazah boleh memohon jugak) - boleh tengok syarat2 MARA (http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=c365abf5-c032-4672-8f3d-3e229bf10a7b&groupId=30564).

Persoalan-persoalan yang biasa ditanya:

1) Saya tak ada buat IELTS lagi, boleh ke mohon?
= Boleh. Ada sesetengah universiti dan program tidak memerlukan IELTS (sebilangan kecil universiti di Australia & UK) - tapi memerlukan surat bukti dari bahagian akademik (HEA) yang menyatakan pembelajaran di universiti semasa Ijazah adalah dalam bahasa Inggeris. Sila lihat post saya sebelum ini - sudah memudahkan kerja anda. Seeloknya, buat IELTS, sebab memang membantu untuk pembelajaran di sini.

2) Tak ada IELTS, tak ada surat sokongan pensyarah & tak mohon ape universiti pun lagi! Camne tu? CGPA layak, sempat tak mohon MARA?
= Boleh. sebab cuba klik permohonan dalam talian MARA tu, bahagian yang diminta untuk diisi tak memerlukan anda "upload" surat-surat/ dokumen pun. Ruangan universiti tu isikan kemungkinan Universiti anda akan dapat. Cuba je. Ikhtiar, kalau anda betul-betul berminat.

3) Saya tak ada pengalaman bekerja. Apa nasihat Saidah?hehe (academic advisor)
= Seelok-eloknya ada pengalaman bekerja. Kita lebih jelas tujuan kita belajar dan dapat aplikasikan untuk kebaikan lepas tamat belajar nanti. Selain itu, rajinkan membaca. TIPS: pembelajaran UK sangat banyak memberi contoh negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Jadi, Saidah bagitahu siap-siap cabaran untuk bersaing dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain.

4) Nak kawan/ takde kawan untuk mohon belajar ke luar negara?
= Tak perlu fikirkan "nak ada kawan" kalau kita nak capai impian kita sendiri. Tak perlu risau ye (biasanya mak ayah yang risau sangat nih=p). Nanti, slot Biro Tatatnegara (BTN) anda akan jumpa ramai kawan yang akan "fly" tempat yang sama. Okey?hehehe...

p/s: Feel free to add me to your LinkedIn network : http://uk.linkedin.com/in/saidahasilah/
 Okey, sampai di sini dahulu=)
Sekian...

No comments: