Pages

Wednesday, 10 July 2013

Puasa di Edinburgh, UK - 19 jam..Terliur je korang post makanan macam2 dari bazar Ramadhan

Kali ni entri sebab homesick! Ohho lamanya puasa di sini..

Rutin kami, bersahur sebelum 3 pagi..Jadi, kalau menapak berterawih ke masjid (gambar), isyak masuk pukul 11 malam, dan habis berterawih dalam jam 12.30 pagi..balik rumah terus sediakan makanan untuk bersahur. Takpun, tegukla sepanjang waktu untuk minum air bergelen-gelen. hahah...


Lepas solat berjemaah dengan seisi rumah, dengan waktu sendiri (ayat tentera) kami pun tido. Kiranya, kami akan tido lepas subuh. Bangun pulak, pukul 8-9 pagi. hoho..sebab kami kat sini tido dalam jam 4 pagi camtu.Pening jugak tu..sebelum menjelangnya bulan Ramadhan..fikir-fikir, camne la nak ubah waktu ni..tapi, alhamdulillah setakat ni okey je. Waktu sekarang, summer..jadi, dugaan makin hebat..sebab panas dia, sangat membahang..kalau keluar, boleh tengok mat saleh tak pakai je baju..yang perempuannya, seksi betul...

Semasa winter, bulan November-Januari, waktu malam pulak sangat panjang... Kami akan menjamakkan waktu..sebabnya, subuh biasa dalam pukul 7 pagi baru masuk..Zuhur pulak, sejam je beza, terus nak masuk asar. Asar pun awal la..tak silap, masuk pukul 2.30 petang...

Dan seterusnya, kisah maghrib dan isyak pun kami jamak semasa winter...Bila ada kelas, memang kena pandai-pandai curi waktu...Saidah selalu je solat kat bilik perbincangan atau tangga di fakulti (ambil wuduk dalam washroom) kalau tak sempat ke masjid kejar berjemaah.

Summer

Berbalik kepada summer, memang sekarang ada summer sale. Tetapi, berbaloi lagi barang dibeli waktu winter sale. Harga jatuh berganda-ganda. Sekarang ni pun, asyik turun ja harga. Bagi Saidah, berbaloi juga beli season sekarang, sebab bajunya boleh dipakai untuk cuaca yang panas di Malaysia. Haa, gambar kat bawah ni semasa keluar petang semalam. Shopping. Panas betul...




Jadi, sekarang Saidah nak senarai barang-barang yang sale di UK ni,..mahal di Malaysia:)

  1. Branded perfume (preferred di http://www.cheapsmells.com/. Mahal la sikit di http://www.theperfumeshop.com/)
  2. Kasut, sandal di Clarks, dan banyak lagi.
  3. Beg dan baju-baju seperti Ted Baker London, Radley, Fossil, H&M, dan banyak lagi.
  4. Jam tangan berjenama seperti Fossil, Guess, dan banyak lagi.
  5. Barang-barang untuk dapur seperti jenama Tefal, Russel Hobs, dsbgnya.

Ahah, tu je la Saidah boleh senaraikan. Sebab Saidah kaki jalan, bukan kaki shopping. Hahahaha. Jenama-jenama ni kalau tak de keperluan, Saidah memang tak beli. Suka je beli yang biasa-biasa. Kalau hilang ke, kena curi ke..tak la sedih sangat. Lagipun, duit tu boleh guna untuk macam-macam lagiii... Setuju takk.hehe..

Barang-barang yang kat atas tu ada la dalam list dah dibeli pun. Sekali ni je kot., pasal nak wat hantaran kahwin. Hehe. Kalau nak beli lagi, kat Malaysia pulak tu, hadoih, memang takkan la.. mahal berganda darab 5 tau.=)

Okey, setakat ni dulu. Selamat berpuasa ya..


p/s: baru hantar ucapan Salam Perantau di kosmo, berita harian, dan harian metro. Kalau terperasan, bagitau ye. hehe...

Sekian.

No comments: