Pages

Saturday, 29 June 2013

Hari ni hari Graduasi pelajar Ijazah The University of Edinburgh!

Hari ni "housemates" ajak. Jom tengok Hamimah konvo. Okey, pukul berapa? 4.30 petang. Okey, set.

Saidah nanti konvo Master bulan November 2013. " Baik ko konvo la Saidah kat sini. Bukan senang nak konvo kat oversea pulak tu." Huhu.. Takpelah korang konvo la. Saidah habis master hujung bulan Ogos. Tak nak la bayar rumah sewa bulan September, Oktober, November. Kerja? Hurm., rindu famili dowh...lagipun banyak urusan untuk diselesaikan. Lapor diri kepada MARA, JPA hujung bulan September. Bulan Oktober, ade orang nak jumpa. Hahahah...

Tahniah Nurhamimah Zainal Abidin. Dia grad Ijazah Bioteknologi, tajaan JPA. Walaupun 2nd class, dia dapat offer buat PhD terus, sebab supervisor dia beria usulkan nama dia. Research dia bagus. Rezeki dia, alhamdulillah. Seorang yang sangat rajin mencari dan hadir kelas-kelas agama di UK, ringan tulang, baik dan peramah dengan semua orang tanpa mengira bangsa.

Ada seorang yang grad dengan 1st class, Fuad namanya, dalam Chemistry di University of Edinburgh. Wah, hebat sangat!!! Universiti ni nak jaga reputasi top 50 World ranking, memang susah nak bagi markah tinggi.

Ni gambar sekitar konvo tadi, 29 June 2013.



TAHNIAH kepada yang berkenaan!^^

Rezeki yang tak disangka-sangka...rantaian yang membuatkanku termenung sejenak...Subhanallah...

Entri kali ni nak cerita pasal pengalaman Saidah jadi peserta Scottish Enterprise Institute (SIE) Bootcamp 2013 di University of Stirling. Memang pelik, dan banyak hikmah tersirat...membuatkan ku tak terkata...

Alkisahnya, Bootcamp 2013 ni Saidah je yang muslim. Tapi tu bukan masalah. Nak dijadikan cerita Saidah terjumpa famili Melayu di tempat yang asing ni.., hari pertama kem ni, pada 26 Jun 2013 ar, petang tu peserta program, dalam 20 orang termasuk Saidah, diberitahu makanan malam disediakan tepat 6.30 petang. Kami kena datang "on time".


Dewan makan tak jauh, dekat je..tapi Saidah tak pergi sekali dengan kawan-kawan, sebab baru lepas solat asar, yang masuk dalam 6.10 petang hari tu. Lalala..okey, dah ade kupon yang tertera nama cafe, Saidah tak ambil kisah la, bila handphone & duit tak bawak. Dalam hati, "ala, aku tau ler mana nak g., g sorang pun takde masalah". hehe..apelagi, slamber & sakan sungguh la p amik gambar pulak kat tepi tasik dalam perjalanan ke cafe...Cafe tu kat sebuah dewan yang ade sekali wayang, teater, perpustakaan, kedai runcit, surau,,waaa...kelas gituu...
haa, ni gambar yang sempat klik klik klik..





Cantik sungguh kampus Stirling ni...Tengah jalan-jalan sengsorang, tetiba nampak akak pakai tudung dengan anak dia. Haa, ni mesti Malaysian. lari-lari anak nak pergi tegur diorang. "Assalamualaikum kak, bla bla bla..."(peramah la katakan).hehe.. namanya kak Ros, buat PhD bawak famili. Tak sangka dia, ade orang Malaysia, bujang & sorang pulak tu mai tegur. " Maila datang rumah, ikut akak, makan & akak bawak jalan-jalan". Waaa.."Takpelah akak, saye ade kupon free ni, lagipun ade dinner disediakan". Tolak sopan gitu. Tapi sempat lagi nih "akak, tolong boleh?saye nak amik gambar..hehe..tolong ambilkan kak, dengan anak akak". Haha, berani lak amik anak orang, padahal aku yang nak ade gambar masa tu...hihi...


Akak tu pun pergi "bus stop", nak tunggu bas untuk balik ke rumah. Saidah pulak, masuk ke cafe dengan yakinnya. Huhuhu..tak jumpa member-member. Tengok kupon, laa...kupon free untuk minuman je. Macam "wine, beer, sof drink". Habis tu? Aduh, lapar pulak, tak bawak duit. Perut dah bunyi, lapar. Tengahari makan sandwich salad je. Makanan tengahari mat saleh ringan je, perut Melayu memang tak boleh tahannnn..Saidah pun keluar dari cafe, "harap-harap akak tu ade lagi". Alhamdulillah, akak tu ade tengah tunggu, hampir nak naik bas. Akak!!! Saidah panggil. "Saye tak jumpa kawan-kawan. Lapar ni..nak ikut rumah akak, tapi duit & handphone tak bawak kak". " Takpe, akak ikut Saidah balik bilik asrama." Waa..sungguh baik hati.

Balik rumah, akak tu cerita macam-macam. Tips untuk masa depan. Hehe. Tapi Saidah lagi banyak cakap kot.hahaha..."maafla kak, saya memang tak malu sikit, teruja jumpe akak, banyak cakap pulak saye". Gituuuu..haha..


Haa, gambar ni lepas kenyang dah semua. hehe..3 kali tambah tu. "Lapar kak!". Makan nasi arab, daging masak kunyit & apam. "Mujur kite terjumpa,hehe". Akak tu cakap. Alhamdulillah...

ALKISAHNYA...

Hari terakhir program, Saidah mohon keluar awal, sebab ada "informal meeting" dengan VC Universiti Putra Malaysia (UPM) di Glasgow. Sejam ke sana dengan bas. Memang hikmah Allah bagi tau, Saidah jumpa akak tu, Saidah tahu macam mana nak naik bas dari University of Stirling ni ke bandar, dan tempat stesen bas. Kalau tak, serius Saidah tak tahu!

Dalam bas, Saidah duk mesej kawan, takut Saidah lambat & terlepas jumpa VC UPM tu. Sejam naik bas, Saidah akhirnya sampai Glasgow. Tapi tak tahu macam mana nak ke universiti tu- naik bas dari Buchanan Bus Station. Akhirnya, naik teksi. Bagitau dia, Saidah nak cepat sampai, sebab dah terlewat. Konon ade interview.hehe. (Padahal nak dia ikut jalan pintas, biar tambang murah sikit).

Alhamdulillah, jumpa VC sendiri. Majlis baru mula. Tak ramai pun datang. Member-member Saidah jugak. VC tu Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan. Datuk datang dengan Registrar UPM, Datuk jugak..Waa, orang-orang hebat, tapi merendah diri dan sempoi. Perghh..

Banyak soalan ditanya. Mengenai Tenaga Akademik Muda UPM. Antaranya:

 -Yang datang majlis ni, insyaAllah dapat peluang ni, yang akan dapat emel pengesahan lepas raya aidilfitri nanti.
- Yang dah belajar di UK, boleh terus tak balik. Bila dah ada tempat untuk PhD, boleh automatik skim ni akan berjalan.
- Yang dah balik Malaysia, tak payah cari kerja. Kerja kamu adalah cari tempat buat PhD. Kerajaan/UPM akan taja buat PhD samada dalam atau luar negara, asalkan top universiti yang dipersetujui dekan fakulti.

Alhamdulillah. Saidah nak "secure", terus ambil borang Saidah. "Datuk, saya akan balik bulan September nanti. Camne tu Datuk, status saya nanti?" "Baik, saya tulis kat borang awak ni; balik September-sila pantau".

Waa...insyaAllah, ada rezeki, adalah. Datuk Registrar tu bagi jaminan, "awak tak perlu cari kerja sampai saya saya bagi emel lepas raya nanti". =D

Itulah alkisahnya. Saidah memang banyak perancangan kalau dapat skim ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Sekian.

p/s: sempat ambil gambar lepas majlis di bandar Glasgow dengan member-member PhD. Banyak tips dapat. Terima kasih ya Allah.





Friday, 21 June 2013

My steps toward Scottish and EU entrepreneurs!

Yeay, minggu depan 26-28 June Saidah akan menyertai Scottish Enterprise Bootcamp 2013 for young entrepreneurs di University of Stirling, Scotland. Yang ni juga funded by European fund dan partnership dengan University of Cambridge Business School. Ni usaha 3-in-1: Mahu establish networking dengan European people and it's market, salah satu research dalam tesis master Saidah & untuk tambah ilmu yang memang Saidah pasti lain dari siri-siri usahawan yang Saidah baca dan dah sertai di Malaysia sejak tahun pertama Ijazah Saidah.

Business yang Saidah impikan memang berkait rapat dengan video ni!Owh teruja...nak mula sekarang, sangat complicated! dengan tesis datelines + persediaan nak balik Malaysia + nak kahwin (ops!InsyaAllah sooner) + mahu intai peluang untuk jadi pensyarah dlam fakulti Business dan tubuhkan satu usaha mega hasil dari ilmu Saidah kutip! (insyaAllah)..mak abah doakan tau! hihi...

nak paste video ni:
"Tessa Hartmann, founder of the Scottish Fashion Awards. Tessa put together this inspirational video for this year's SIE Student Enterprise Summit. If you’re interested in entrepreneurship, fashion or textiles, then this is definitely worth a look".

Korang pun boleh dapat banyak input dari video ni..dia ada cakap apa yang dia buat dari tahun akhir Ijazah sampaila dia kerja untuk pengalaman dan akhirnya guna pengalaman tu untuk buka bisnes dia. Yang penting, kena banyak ilmu!


Sebelum ni Saidah join banyak talk (try untuk x miss), tesis pasal innovation in business especially European market, join Citrus Saturday-one month project oleh Edinburgh City Council (ECC) dan University College London. ECC ni sangat berpengaruh. Saidah tak malu untuk approach officer2 dia setiap kali jumpa dalam events, dan Saidah rapatkan diri dengan business advisors Universiti. Siapa tahu kan? nasibku.hehe.. yang bagusnya, Universiti akan bagi support sehingga 2 tahun selepas kita habis belajar.

Kalau kita niat untuk berbuat baik, Allah pasti tolong. Sebab Saidah punya niat untuk social benefit sekali. Memang tak sempat nak pulun buat assigments elok2..tapi alhamdulillah setakat ni, tak sangka2 untuk keputusan subjek/ assignment2 Saidah. Kebanyakannya Distinction. Allah tolong..=)ALHAMDULILLAH.


Moral Saidah nak tulis ni...sebagai kenangan bila Saidah habis belajar, n dapat buat apa yang Saidah rancangkan ni. Pasti ni jadik kenangan yang sangat manis. Nak tulis dalam diari, memang tak rajin dah.hehe.


p/s: Alhamdulillah Saidah baik dengan calssmates - international students daripada hampir 40 buah negara. Nanti boleh mintak tolong (networking).

Sekian..

Thursday, 13 June 2013

Laptop buat masalah lagi...5x ganda kos baiki di kedai luar bila kat UK nii..=(

(Sigh)...Ni kali ketiga Saidah plugged off my laptop cable, accidentally while i am using it.

Pertama, masa kerja dulu, kat rumah sewa di Vista Angkasa, KL. Masa tu, tak tahu nak buat macam mana, sebab tak percaya, tercabut macam tu je, takkan boleh rosak pulak. Akhirnya, dapat elok balik, takde bayar ape2, sebab bawa pergi ke PJ Mall tu, abang Cina goncang-goncang laptop Saidah, terus baik, boleh hidup. Huhu.."kena goncang-goncang rupanya"..Happy sebab tak perlu bayar.

Kedua, masa kat sini, kat dalam bilik di rumah sewa High Riggs, Edinburgh. Masa tu, Januari. Cuai betulla Saidah ni...haiyoo.. panikla, sebab goncang-goncang punyaa, tak hidup2. Ketuk-ketuk, bersembang dengan die pun tak jadikk.aaa..geram! Pastu, telefon abang Melayu kat sini, dia dah berkeluarga, paling lama menetap di Edinburgh, sebab masalah tertentu. P/S: hampir-hampir nak beli baru tau, 'survey' gila-gila laptop kat sini untuk dibeli, yang 2nd hand pun takpe. Tup-tup, abang tu kata boleh hidupkan balik, motherboard shocked. Alahai..rugi masa Saidah je 'survey' tak ingat dunia selama seminggu lebih. Dia caj £100. Mahal kan?? Cuba convert ke MYR! Hanya untuk format & masukkan antivirus Kapersky yang biasa-biasa je. Tapi, takkan nak cakap takpelah abg, Saidah nak laptop balik, macam tu je...sebab dia dah buka semua..Dia pun susah jugak hidup kat sini..ingat niat menolong ja la..huhu..kat kedai harga format laptop £90 tau. Bayangkan, kat Malaysia boleh dapat RM15 je. Jadi, siap-siap bawa backup software ye nak datang UK..

Ada je Laptop Clinic, free service oleh pihak Universiti, tapi tak boleh tunggu!gelisah betul tak boleh nak buat kerja. Huhu...Abang tu cakap, laptop dah rosak, kena beli baru! Laptop kat UK yang harga £400, boleh beli laptop kat Malaysia pulak dalam harga RM3000.00. Barang elektronik macam hard drive, laptop tak berbaloi beli kat UK. Contoh, nak beli hard drive 500GB, di UK £100, manakala kat Malaysia boleh dah dapat RM120.00..Memang betul-betul harga serupa, tapi currency tu..mak aiii...jauh beza! Nak beli je Ipad, tapi..kat Malaysia lagi murah. Jadi, sesiapa nak beli atau kirim barang elektronik PC camni, tak perlu ya..mahal!

Ni haa, pagi ni, Saidah tertarik kabel laptop. Adoi-adoiii...ingat nak 'study' kat rumah je, ni kena la tinggal di 'library'. Takpelah. Pukul 2 petang ni, Laptop Clinic di tingkat 2 Main Library University buka. Harap-harap dia boleh tolong..huhu...