Bagaimana LinkedIn penting vs Facebook dan Twitter
Ini Siri pertama. Tujuan menulis takde lain takde bukan semata-mata mahu berkongsi pengetahuan dan peluang belajar di sini. Mukadimahnya, lulusan universiti yang baru tamat pengajian di Malaysia kurang didedahkan mengenai kepentingan sosial media dalam mencari peluang pekerjaan atau berbisnes. Dari pemerhatian laa...Mungkin dari konteks IPTA Saidah dulu, sebab baik kursus-kursus keusahawanan mahupun cemana nak menyiapkan diri ke alam pekerjaan, kita tidak didedahkan mengenai potensi besar dan pengaruh sosial media. Contohnya, Facebook, Twitter, Blog dan LinkedIn.
Melihat cemana dasyatnya kawan-kawan sekelas "international" di sini betul-betul memanfaatkan Linkedin, ade seru-seruan dari tanah air untuk Saidah berkongsi di sini tentang cara kelompok minda kelas pertama berfikir secara kompetitif. Penulisan ini adalah melalui pemerhatian, "business talk series" dan pembacaan sepanjang belajar di The University of Edinburgh sebab Saidah mahir jugakla menganalisa sesuatu keadaan..hehe (I love critical thinking)=p
Additional info : http://ursaillaes.blogspot.co.uk/2013/05/social-media-for-small-business.html#!/2013/05/social-media-for-small-business.html
Fakta:
Twitter mengatasi Facebook dalam "social recruiting" sebanyak 10% dalam carian internet dan 3x ganda akses peluang pekerjaan yang ditawarkan pasaran.
Jom berLinkedIn!!!
"I have LinkedIn account but I don't know how to use it" "What is LinkedIn???"
- 75% of recruiters have 100 or less Twitter followers
- 28% of recruiters have over 1,000 LinkedIn connections
- 21% of recruiters have 50 or less Facebook friends
Hah, nampak kat sini "recruiters" adalah pengguna hyperaktif sosial media terutamanya LinkedIn.
- "Recruiters" korporat cenderung untuk aktif Facebook sebab nak tambah kenalan, alumni, dll. tapi aktif LinkedIn adalah lebih fokus kepada industri tertentu dan hubungan yang lebih profesional.
- Contoh, dengan aplikasi mobile LinkedIn, bisnes kad dilihat tak lagi relevan. Makna kata, dalam "networking session", anda dilihat kreatif menggunakan jaringan sosial. Kan leceh bila kita sibuk, dah lupa kat mana kita letak bisnes kad yang orang bagi. Semasa "visit" ke Shell UK, semasa sesi "networking", mereka lebih selesa tak dihulurkan bisnes kad. Dorang kan sibuk, bila la nak tengok bisnes kad semut macam kite nih.hehe..Selain itu, tak "environmental friendly". Betollll takkk....?
- Konpem ramai ade Twitter. Korang manfaatkan cemana? Twitter adalah lebih efisien dalam jaringan sosial sebab lebih cepat dan akses terus kepada kebanyakan "business news". Eyh, sama jugak mcm LinkedIn. Baca Bloomberg, Wall Street, Reuters kat news feed aje. Yang syoknya, "research" terkini daripada dunia korporat terus masuk "wall". Contoh, Shell kat USA buat pertandingan Cloud Computing- kaitkan dengan industri minyak dan gas pada masa depan. Hadiah lumayan woo. Lupe daa USD berapa. Kalau kita yang sibuk tak baca s/khabar, memang tak tahu. Ramai malas nak buka berita ni..FB je senang.hehe.. Setuju tak?angkat kening sape setuju..hihihihihi..
- Apepun kata kajian ni Twitter lagi laris mungkin sebab lebih mudah orang "re-post" kerja di Twitter daripada LinkedIn atau mungkin juga senang nak "scroll down" balik "posting" yang lama berbanding LinkedIn.
1) Jaringan "networking" secara profesional
Untuk mendapat kepercayaan seseorang, orang akan "search" mengenai anda dan cara kerja kita lah.Contoh, kawan satu projek konsultansi dari Norway, dia tulis Saidah ni cemana. Pemalas katanya.hahahahah.gurau laaaa..boleh rujuk contoh kat bawah kalau nak tahu dia wat cemana. Mamat Norway ni hebat kottt, separuh ribu dah kenalan dia seluruh dunia..Ouuhuu..thanks Eric sebab jadi "referee" Saidah.hehe. Selain Eric, mamat hensem dari Germany, Chris pun jadi referee Saidah. Comel je, tanpa disuruh..kiki...Sangat menghargai kamu, (translate ke Bahasa Malaysia ye kalau nak faham.hehe). Automatik orang yang nak tahu cara kita bekerja boleh terus refer LinkedIn tanpa perlu "call". Dunia tanpa sempadan.hehe...
2) Fokus terus kepada industri kita
Profil LinkedIn kita dah spesifik kita dalam industri ape. Jadi, kalau peluang kerjasama/ rangkaian industri, orang boleh taip dengan spesifik nya. Yang keluar, profil individu dalam industri tersebut termasuklah kita. Contoh, industri masakan/kulinari.
Gambar ni mengenai satu syarikat yang berminat dengan Saidah - untuk bisnes dier..Sebagai chonthohnyer lahhhh...hehe..
3) Peluang mengembangkan perniagaan di rantau lain di dunia ini..
Sebagai contoh ye, Saidah dan member dapat projek untuk satu syarikat MNC mengembangkan bisnes diorang ke Ethiopia. Nak pergi Ethiopia memang banyak kos. Jadi alternatif lain adalah sosial media. Contoh, Google Plus, Twitter dan LinkedIn. Terbukti, berjaya kott. CEO MNC tu "impressed" sebab kami dapat "voices from local people - Ethiopians". "Post" kan "survey online" guna www.surveymonkey.com dalam group Ethiopia kat LinkedIn, alhamdulillah menjadi. Makna kata, kekangan masa dan geografi boleh diatasi dengan "online tools". Kalau diberi masa lagi, memang untuk projek ktorang kene pergi Ethiopia lah. Ni projek konsultansi ni kena disiapkan dalam 2 bulan untuk hantar dan bentangkan di hadapan lembaga pengarah MNC UK tu..
Oleh sebab akses kurang kerana faktor politik yang tak menentu di sesebuah negara, kita boleh bertanya "direct" profesional - rakyat Ethiopia. Mereka sangat membantu!!
Kesimpulan
Trend terkini adalah persaingan lebih kompetitif secara global dengan melihat trend gabungan "the Big Three: social networks, agency and corporate recruiters". Melihat kepada trend terkini (2012), "recruiters" akan lebih aktif, berkali ganda saiz "networking" melalui medium Twitter. Sama juga "LinkedIn networks", yang mana 1,000 jaringan boleh berganda dalam tempoh beberapa bulan.
Contoh testimoni yang ditemui:
"LinkedIn is hugely popular among top colleges and many join towards their junior year or internship periods. Places like University of Chicago, Michigan State’s MBA association and DeVry bring it up during orientation periods or have requested speakers on the topic. I’ve even been to a Texas based college’s MBA program where the counselor wouldn’t take a meeting until they created their LinkedIn profile. Of course, I’m waving LI pom-poms having worked there in the past, but college students are in fact joining at a very high rate. Having LinkedIn as the standard for doing business or creating value for the world is extremely powerful and the next generation of leaders won’t know another way. Looking forward to the next play”. –David B. O’Ryan
Sekian...bersambung siri seterusnyeeee...
No comments:
Post a Comment