Pages

Thursday, 9 May 2013

Spring di Edinburgh

Sepanjang 4 bulan menyiapkan dissertation/tesis, sangat bersemangat kali ini nak pergi Universiti ikut jalan lain- The Meadows.

The Meadows @ Meadows - sangat cantik dengan pokok Cherry Blossom!!! Sekarang ni dah semakin lebat dedaun dan bunganya. Nanti Saidah update lagi ya! Bertuahnya orang menetap di UK. Ade Spring yang subhanallah cantik sangat-sangat... Owh, 2 hari lepas dah pergi Princess Street Garden (dalam bandar). Cuaca panas terik dan ramai orang tengah berjemur. Ada yang tidur, bekelah, dan membaca buku. Hmmm, nanti Saidah nak lepak bawah pokok Cherry Blossom nak baca buku sebelum Spring habis dan masuk musim Summer..hehe..comel. Bila lalu dekat garden-garden ni, senyum sorang-sorang. Sebab pemandangan sangat cantik!!!!!=D













Gambar mengisi masa di waktu Spring^^





 Semasa naik DLR menuju University of East London









Thursday, 2 May 2013

Bahaya penyeluk saku di Eropah

Hai,

Duk sembang-sembang dengan kawan daripada China, kesian sangat kat diorang. Tu nak kena cerita nih. Khasnya, bila "time for travelling", memang sangkut. Kita memang bertuah, pergi ke mana-mana selain Israel, tak perlu rumit sangat prosesnya.



Rumitnya diorang ni, pertama, kalau nak ke mana-mana negara selain Korea Utara, Cuba, Laos dan Vietnam (sebab negara Komunis) kena pergi China Embassy untuk hantar passport, bukti tempahan kapal terbang, tempahan hotel dan "transport" di negara yang akan pergi. Nak dapatkan visa ke Europe contohnya, Itali, tempahan hotel kalau ditempah guna Booking.com, Hostelworld dan seumpamanya lah, diorang kena telefon hotel tu terus kena bagi resit lain, bukan automatik yang kita selalu dapat daripada "provider" Booking.com.


Keduanya, kos yang tinggi. Setiap kali permohonan visa, sangat mahal, hampir £100 diorang cakap. Pening kepala. Nak ke China Embassy tu pun perlukan kos jugak, kos hantar dokumen yang diperlukan dan kos nak ambil balik.


 

Kecurian di negara Eropah

1) Paris

Yang selalu dengar berleluasa sangat kecurian adalah di Paris. Kata kawan ni, ada orang datang tegur "cantik beg kakak". Perempuan konfem senyum punya. Dah lepas tu, beg lesap dalam sekelip mata. Ada kawan Singapore hilang purse yang ada £800 sebaik jejak kaki jalan di Paris.
P/S: Bila melancong memang kita bawak duit "cash" banyak sebab takut kadar tukaran matawang asing tinggi kat negara tu...kesian betul siapa yang terkena.

Ni jumpa artikel dari The Telegraph UK (April 2012), http://www.telegraph.co.uk/travel/travelnews/9989659/The-rising-problem-of-pickpockets-in-Paris.html

"Pickpockets exist in every major city, but evidence suggests that it is a growing problem in Paris. According to the Préfecture de Police, instances of vols à la tire – French for pickpocketing – increased in the city last year, principally on public transport."






2) Belgium

Kesian kawan China ni. Plan trip 7 hari ke Belgium dan Netherland dengan kawan-kawan dia lah. Hari pertama jejak kali di Belgium, ada budak lelaki tegur "cantik rantai leher kakak pakai". Lepas tu, sekelip mata jugak, hilang beg duit, passport dan visa. Apalagi, diorang ke balai polis dekat tu, ada 6 orang tengah tulis "report" melaporkan kes yang sama. Terus dah takde "mood" melancong. Netherland yang indah dengan tulip di Kaukenhof pun kita dah tengok macam bunga lalang kan.

3) Geneva, Switzerland

Semasa Saidah sampai ke satu kedai runcit di Geneva, dalam stesen keretapi tu, tuan kedai bagitahu dengan tegas "watch out for pickpockets". Takut sangat sebab masa tu sengsorang. Memang Geneva dah ramai orang kulit hitam kat sekeliling. Huu, bahayanye kalau kena jampi serapah diorang tu.

Yang di atas berdasarkan pengalaman. Jadi di bawah ni disertakan Top 10 Bandar yang terkenal dengan "pickpockets"

Wednesday, 1 May 2013

Apa itu TOEFL; IELTS; SAT; GRE; GMAT - peperiksaan untuk ke luar negara

Hai,

Sekadar mengemas kini cara-cara sambung belajar ke luar negara seperti ke UNITED STATES, UNITED KINGDOM, NEW ZEALAND, AUSTRALIA, CANADA. Anda boleh baca penjelasan singkat tentang APA ITU TOEFL; IELTS; SAT; GRE; GMAT.

1. TOEFL (TEST OF ENGLISH AS FOREIGN LaNGUAGE)
[spoiler=for TOEFL]
(Test of English as a Foreign Language)
TOEFL adalah test Bahasa Inggeris yang ditujukan untuk; mengukur kemampuan berbahasa Inggeris seseorang untuk belajar & bekerja di luar negeri; menunjukkan tahap akademik seseorang; juga dirancang untuk menjadi standard yang obtektif dan tidak memihak sehingga siswa dapat memberi rasional dalam kemahiran bahasa itu.

TOEFL dibagi ke dalam tiga jenis :
1. pBt (Paper Base)
2. cBt (Computer Base)
3. iBt (Internet Base )

TOEFL berasaskan internet (iBT) terdiri dari 4 bahagian iaitu: 
1. Listening
2. Reading
3. Speaking
4. Writing

Empat ujian tersebut akan diujikan pada hari yang sama. Tempoh masa ujian adalah lebih kurang 4 jam.
Ciri-ciri ujian itu adalah lebih daripada penguasaan bahasa itu yang mana caon perlu:

• membaca sebuah artikel
• mendengar percakapan tentang topik artikel yang kita baca. 
• berbicara atau menulis tanggapan terhadap apa yang kita baca dan dengar

Tujuannya supaya kita mahir mendengar dan menyampaikan pendapat selepas kuliah


2. IELTS (International English Language Testing System)
[spoiler=for IELTS]
Test IELTS banyak di Malaysia. Lihat di sini http://www.malaysia.idp.com/ielts.aspx. Kita dapat memilih dua jenis test IELTS: Academic atau General Training, bergantung tujuan kita adakah untuk belajar, bekerja atau bermigrasi.. 

Test yang akan dilakukan terbahagi kepada empat bahagian :
  1. Listening 
  2. Reading
  3. Writing
  4. Speaking 


Keputusan IELTS  dinilai pada skala paling tinggi- skala 9. Kita boleh mengambil ujian banyak kali. Tengok poket la kalau nak dapat band 9. hehe...IELTS dikendalikan oleh tiga badan antarabangsa terkemuka iaitu British Council, IDP: IELTS Australia and the University of Cambridge ESOL Examinations (Cambridge ESOL). 

Ujian Listening dan Speaking (IELTS) untuk Academic atau pun General Training adalah sama namun untuk Reading  dan Writing berbeza.
Ujian Listening, Reading dan Writing harus diselesaikan dalam satu hari. Untuk test Speaking bergantung tempat yang kita dapat, biasanya seminggu sebelum atau selepas 3 ujian di atas telah kita buat. Schedule IELTS macam ini:

1 Listening: 4 sections, 40 items – 30 min
2 Reading: 3 sections, 40 items – 60 minutes
3 Writing: 2 tasks (150-250 words) – 60 minutes
4 Speaking: 11-14 minutes



3. TOEIC (TEST OF ENGLISH FOR INTERNATIONAL COMMUNICATION)
[spoiler=for TOEIC]
TOEIC yang diperkenalkan sejak pada tahun 1979, ditujukan untuk mengukur kemahiran seseorang dalam bahasa Inggeris pada level intermediate (menengah) dan advance (lanjutan). Ada lebih dari 4,5 juta pengambil test ini setiap tahun. TOEIC adalah sebuah standard yang mengukur kemampuan bahasa Inggeris di tempat kerja di seluruh dunia. Test TOEIC adalah penghargaan yang sangat berharga bagi pekerja profesional. 

Tujuan dari TOEIC lebih macam-macam dari test-test lainnya. Umumnya TOEIC digunakan untuk 3 kegunaan iaitu : 

Corporate 
Menggunakan tes TOEIC untuk kemajuan dalam perbincangan dan tujuan perniagaan, juga dalam program kemahiran bahasa Inggeris, merekrut dan mempromosikan karyawan, serta menempatkan pengukuran standard di tempat di lokasi kerja.


4. SAT (Scholastic Aptitude Test) 
[spoiler=for SAT]
SAT adalah test yang akan mengukur sudah sejauh mana anda menguasai subjek yang dipelajari di sekolah dan seberapa baik pula anda dapat menerapkan pengetahuan itu. SAT ini menilai pengetahuan anda tentang membaca secara kritis, menulis dan matematik yang sudah anda pelajari. Waktu ujian SAT ini adalah 3 jam dan 45 minit. 

Test SAT terdiri dari tiga bahagian: critical reading, mathematics, dan writing. Setiap bahagian dinilai pada skala 200 - 800. 


5. GRE (Graduate Record Examinations) 
[spoiler=for GRE]
Test GRE diperlukan oleh individu yang akan melanjutkan pengajian pasca siswazah S1 & S2 (Sarjana & Master) dalam pelbagai bidang. Test ini dirancang untuk membantu akreditasi calon pelajar yang berkelayakan dan para sponsor boleh menilai keupayaan pemohon untuk tujuan program mereka.

Bentuk Test GRE
GRE General Test
Test ini untuk mengukur kemampuan untuk jangka waktu yang panjang dan biasanya tidak lah berkait dengan bidang studi tertentu. Test ini terdiri daripada: 

Verbal Reasoning - 
mengukur kemampuan untuk menganalisis bahan penulisan; membaca informasi yang diperoleh dari bahan itu; menganalisa hubungan antara teori-teori atau tajuk utama, dan mengenali hubungan antara kata dan konsep.

Quantitative Reasoning - 
mengukur kemampuan matematik dasar; pemahaman tentang konsep-konsep matematik dasar, kemampuan alasan kuantitatif dan memecahkan masalah dalam pengaturan kuantitatif. Ada keseimbangan antara pertanyaan yang memerlukan add maths, geometri dan analisis data.

Analytical writing sections - 
mengukur kemampuan untuk mengartikulasikan dan mendukung idea-idea yang kompleks, menganalisis argument, mempertahankan sebuah diskusi menjadi lebih fokus dan koheren. Test ini tidak menilai pengetahuan spesifik, dan tidak ada cara cepat terbaik untuk menjawabnya. 


6. GMAT (Graduate Management Admission Test) 
[spoiler=for GMAT]
GMAT adalah standard test international yang dipakai oleh banyak universiti antarabangsa dalam menentukan “APTITUDE” mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat (MBA). Test ini dirancang untuk membantu program management menilai kelayakan pemohon dalam bidang business and management.

The Graduate Management Test 
mengevaluasi kemampuan menulis verbal, kuantitatif, dan analitis bahwa Anda telah berkembang dari waktu ke waktu melalui pendidikan dan bekerja. 

The Verbal Section
mengukur kemampuan Anda untuk membaca dan memahami material penulisan, dengan akal dan menganalisa argument, memperbaiki bahan penulisan untuk menyesuaikannya ke dalam standard Bahasa Inggeris yang baku. 

Sumber: forum dan website yang berkaitan.

Harap membantu untuk sesiapa yang memerlukan^^

Pengalaman dari Business School :Target MBA di top schools

Waah..Best betul kalau impian ku menjadi realiti. Tak mustahil. Target biar tinggi. Sesuai dengan kepercayaan diri yang kita boleh. Boleh jadi 'siapa' pada masa depan.

MBA

Kebanyakan orang yang dah bekerja akan target nak buat MBA. Nak sambung ke top universiti perlu paling kurang 3 tahun pengalaman kerja. Mengapa perlu Top Universiti? Di sini Saidah hurai serba ringkas bagaimana nak sambung ke USA dan di mana yang best nak sambung.hehe. p/s: Business School memang mahal dari school yang lain.



School yang terbaik untuk MBA adalah yang ada the Association of MBAs (AMBA). AMBA accredit over 150 UK and global MBA programmes and set high standards related to student mix (ie a good balance of UK, European and International students) good staff student ratios, high entry requirements (students need to have a good first degree but significant experience too), flexibility and access to top academic staff. Other global Business School accreditation bodies are AACSB (based in the USA) and EQUIS (based in Europe).

Fees for many MBAs are expensive (£18,000 plus is common for AMBA accredited Schools) and you tend to get what you pay for in terms of career progression and salary, student support, knowledge and networks. Contoh, MBA di Edinburgh Business School adalah £21,000 untuk setahun.

A MBA is far more than just an expensive MSc/MA but is designed to allow existing managers, civil servants, engineers, scientists and education professionals put their experience back into a management theory and context. This means that fellow students can share their experiences while getting to grips with the latest management theory with highly regarded academic staff. MBA courses also involve at least one major project with a real 'client' (25,000 words is common), company visits, exchange programmes and other real life simulations. Most AMBA accredited and respected programmes have an entry requirement of 3–5 years management related experience prior to enrolment.




Many UK Business Schools have dedicated MBA suites with base rooms, seminar rooms, cafés and breakout areas – to encourage a collegiate atmosphere. Specific MBA facilities and careers advice may also be important to prospective students.

MBAs are often available (including AMBA accredited ones) as distance learning, part-time as well as traditional full-time 12-month programmes, or as double qualifications allowing students to spend time in more than one place.

In short, prospective MBA students should do their research on course content, flexibility, accreditation and quality control, academic expertise and career support, fees and scholarships (some UK MBAs offer fee discounts for their own graduates or for UK students to help ensure the right global student mix), facilities, career progression and facilities.


Pilih Universiti yang bagus


Phil Dunne, dari satu syarikat yang dirahsiakan berkata, ciri-ciri yang dilihat untuk lepasan MBA dari sesebuah universiti adalah:


1) “Business schools yang menyediakan an efficient source of pre-screened and easy-to-access talent; 2) The subjects - analytical techniques and business focus - equip recruits with relevant, broad-based problem-solving skills; 3) The case-based, team-oriented learning format is a good simulation for working practices encountered in a consulting environment.” 


Sumber: Martindale, N. (Nov, 2012), The Telegraph UK

Memang betul. Realiti pelajar MBA akan diberi tugasan dalan bentuk "consultancy project"- "real case study with selected big companies". Yang tu daripada yang Saidah lihat dan sembang dengan Project Manager Edinburgh Business School, Douglas. Kebanyakan analisis dari segi pasaran menyatakan MBA "graduates" gaji lebih tinggi sebanyak 50% daripada gaji mereka yang sebelumnya. Best2. Nanti InsyaAllah Saidah nak ajak husband buat MBA ke Harvard..Sape ntah.hehe. GMAT memang susah nak score. Takpe, I bagi semangat.hihi..

Kena score GMAT

Apa itu GMAT? Lihat pautan yang Saidah tulis di sini http://ursaillaes.blogspot.co.uk/2013/05/apa-itu-toefl-ielts-sat-gre-gmat.html

USA ada banyak universiti yang best dalam Business School. Bagi Saidah, kalau kita berjaya dalam kerjaya, jom kita memantapkan lagi dengan pemikiran akademik. Nanti boleh sumbangkan ilmu kepada masyarakat. Teringat ada lesson yang Saidah belajar dalam salah satu kuliah, iaitu kebanyakan syarikat akan lebih berjaya jika innovative dan tahu memanfaatkan peluang selari dengan trend global. Universiti yang top banyak menawarkan peluang seperti "entrepreneurs circle" yang melibatkan individu yang tepat dan mempunyai semangat dan sikap yang sama. Kejayaan kita adalah ditentukan dengan siapa orang di sekeliling kita. Orang yang tepat.

Contoh GMAT yang kena score di USA
MBA Program
US News Rank

(2012 data)
BW Rank

(2012 data)
Average GMAT
1
5
728
2
2
724
3
10
718
3
3
718
5
4
714
5
1
715
7
14
716
7
8
718
9
9
712
10
18
715
10
21
722




1) Harvard University

Pembelajaran Saidah banyak berdasarkan "case study" dari Harvard Business School (HBS). Untuk tujuan individu, "case study" dari HBS mahal. Jadi banyak "advantage" belajar di Top Universiti adalah akses kepada kepakaran terus kepada industri melalui "case study". Memang best baca. I got inspired everytime I read it. Ambitiouss jadinya nak jadi a successful entrepreneur/ corporate figure one day.

1. Harvard Business School
best bschools harvard
Index: 100.0
2011 rank: 1
Median GMAT: 730
Acceptance rate: 13%
Median starting salary: $120,000
Recommended two-year budget: $164,000
Harvard Business School is synonymous with the MBA degree. It's hard to beat the cache of the HBS degree which is one reason the school receives more applications to its MBA program than any other in the U.S.
More chief executives and presidents have had their MBAs issued by Harvard than any other school. And Harvard has become a hotbed of entrepreneurial activity as well.

Saidah bagitahu pasal Harvard je. Universiti lain mungkin sama aje kot. hihi..Cheers!

p/s : nak tengok tak gambar-gambar universiti terindah di UK?=))