Pages

Thursday, 9 May 2013

Spring di Edinburgh

Sepanjang 4 bulan menyiapkan dissertation/tesis, sangat bersemangat kali ini nak pergi Universiti ikut jalan lain- The Meadows.

The Meadows @ Meadows - sangat cantik dengan pokok Cherry Blossom!!! Sekarang ni dah semakin lebat dedaun dan bunganya. Nanti Saidah update lagi ya! Bertuahnya orang menetap di UK. Ade Spring yang subhanallah cantik sangat-sangat... Owh, 2 hari lepas dah pergi Princess Street Garden (dalam bandar). Cuaca panas terik dan ramai orang tengah berjemur. Ada yang tidur, bekelah, dan membaca buku. Hmmm, nanti Saidah nak lepak bawah pokok Cherry Blossom nak baca buku sebelum Spring habis dan masuk musim Summer..hehe..comel. Bila lalu dekat garden-garden ni, senyum sorang-sorang. Sebab pemandangan sangat cantik!!!!!=D













Gambar mengisi masa di waktu Spring^^





 Semasa naik DLR menuju University of East London









Thursday, 2 May 2013

Bahaya penyeluk saku di Eropah

Hai,

Duk sembang-sembang dengan kawan daripada China, kesian sangat kat diorang. Tu nak kena cerita nih. Khasnya, bila "time for travelling", memang sangkut. Kita memang bertuah, pergi ke mana-mana selain Israel, tak perlu rumit sangat prosesnya.



Rumitnya diorang ni, pertama, kalau nak ke mana-mana negara selain Korea Utara, Cuba, Laos dan Vietnam (sebab negara Komunis) kena pergi China Embassy untuk hantar passport, bukti tempahan kapal terbang, tempahan hotel dan "transport" di negara yang akan pergi. Nak dapatkan visa ke Europe contohnya, Itali, tempahan hotel kalau ditempah guna Booking.com, Hostelworld dan seumpamanya lah, diorang kena telefon hotel tu terus kena bagi resit lain, bukan automatik yang kita selalu dapat daripada "provider" Booking.com.


Keduanya, kos yang tinggi. Setiap kali permohonan visa, sangat mahal, hampir £100 diorang cakap. Pening kepala. Nak ke China Embassy tu pun perlukan kos jugak, kos hantar dokumen yang diperlukan dan kos nak ambil balik.


 

Kecurian di negara Eropah

1) Paris

Yang selalu dengar berleluasa sangat kecurian adalah di Paris. Kata kawan ni, ada orang datang tegur "cantik beg kakak". Perempuan konfem senyum punya. Dah lepas tu, beg lesap dalam sekelip mata. Ada kawan Singapore hilang purse yang ada £800 sebaik jejak kaki jalan di Paris.
P/S: Bila melancong memang kita bawak duit "cash" banyak sebab takut kadar tukaran matawang asing tinggi kat negara tu...kesian betul siapa yang terkena.

Ni jumpa artikel dari The Telegraph UK (April 2012), http://www.telegraph.co.uk/travel/travelnews/9989659/The-rising-problem-of-pickpockets-in-Paris.html

"Pickpockets exist in every major city, but evidence suggests that it is a growing problem in Paris. According to the Préfecture de Police, instances of vols à la tire – French for pickpocketing – increased in the city last year, principally on public transport."






2) Belgium

Kesian kawan China ni. Plan trip 7 hari ke Belgium dan Netherland dengan kawan-kawan dia lah. Hari pertama jejak kali di Belgium, ada budak lelaki tegur "cantik rantai leher kakak pakai". Lepas tu, sekelip mata jugak, hilang beg duit, passport dan visa. Apalagi, diorang ke balai polis dekat tu, ada 6 orang tengah tulis "report" melaporkan kes yang sama. Terus dah takde "mood" melancong. Netherland yang indah dengan tulip di Kaukenhof pun kita dah tengok macam bunga lalang kan.

3) Geneva, Switzerland

Semasa Saidah sampai ke satu kedai runcit di Geneva, dalam stesen keretapi tu, tuan kedai bagitahu dengan tegas "watch out for pickpockets". Takut sangat sebab masa tu sengsorang. Memang Geneva dah ramai orang kulit hitam kat sekeliling. Huu, bahayanye kalau kena jampi serapah diorang tu.

Yang di atas berdasarkan pengalaman. Jadi di bawah ni disertakan Top 10 Bandar yang terkenal dengan "pickpockets"

Wednesday, 1 May 2013

Apa itu TOEFL; IELTS; SAT; GRE; GMAT - peperiksaan untuk ke luar negara

Hai,

Sekadar mengemas kini cara-cara sambung belajar ke luar negara seperti ke UNITED STATES, UNITED KINGDOM, NEW ZEALAND, AUSTRALIA, CANADA. Anda boleh baca penjelasan singkat tentang APA ITU TOEFL; IELTS; SAT; GRE; GMAT.

1. TOEFL (TEST OF ENGLISH AS FOREIGN LaNGUAGE)
[spoiler=for TOEFL]
(Test of English as a Foreign Language)
TOEFL adalah test Bahasa Inggeris yang ditujukan untuk; mengukur kemampuan berbahasa Inggeris seseorang untuk belajar & bekerja di luar negeri; menunjukkan tahap akademik seseorang; juga dirancang untuk menjadi standard yang obtektif dan tidak memihak sehingga siswa dapat memberi rasional dalam kemahiran bahasa itu.

TOEFL dibagi ke dalam tiga jenis :
1. pBt (Paper Base)
2. cBt (Computer Base)
3. iBt (Internet Base )

TOEFL berasaskan internet (iBT) terdiri dari 4 bahagian iaitu: 
1. Listening
2. Reading
3. Speaking
4. Writing

Empat ujian tersebut akan diujikan pada hari yang sama. Tempoh masa ujian adalah lebih kurang 4 jam.
Ciri-ciri ujian itu adalah lebih daripada penguasaan bahasa itu yang mana caon perlu:

• membaca sebuah artikel
• mendengar percakapan tentang topik artikel yang kita baca. 
• berbicara atau menulis tanggapan terhadap apa yang kita baca dan dengar

Tujuannya supaya kita mahir mendengar dan menyampaikan pendapat selepas kuliah


2. IELTS (International English Language Testing System)
[spoiler=for IELTS]
Test IELTS banyak di Malaysia. Lihat di sini http://www.malaysia.idp.com/ielts.aspx. Kita dapat memilih dua jenis test IELTS: Academic atau General Training, bergantung tujuan kita adakah untuk belajar, bekerja atau bermigrasi.. 

Test yang akan dilakukan terbahagi kepada empat bahagian :
  1. Listening 
  2. Reading
  3. Writing
  4. Speaking 


Keputusan IELTS  dinilai pada skala paling tinggi- skala 9. Kita boleh mengambil ujian banyak kali. Tengok poket la kalau nak dapat band 9. hehe...IELTS dikendalikan oleh tiga badan antarabangsa terkemuka iaitu British Council, IDP: IELTS Australia and the University of Cambridge ESOL Examinations (Cambridge ESOL). 

Ujian Listening dan Speaking (IELTS) untuk Academic atau pun General Training adalah sama namun untuk Reading  dan Writing berbeza.
Ujian Listening, Reading dan Writing harus diselesaikan dalam satu hari. Untuk test Speaking bergantung tempat yang kita dapat, biasanya seminggu sebelum atau selepas 3 ujian di atas telah kita buat. Schedule IELTS macam ini:

1 Listening: 4 sections, 40 items – 30 min
2 Reading: 3 sections, 40 items – 60 minutes
3 Writing: 2 tasks (150-250 words) – 60 minutes
4 Speaking: 11-14 minutes



3. TOEIC (TEST OF ENGLISH FOR INTERNATIONAL COMMUNICATION)
[spoiler=for TOEIC]
TOEIC yang diperkenalkan sejak pada tahun 1979, ditujukan untuk mengukur kemahiran seseorang dalam bahasa Inggeris pada level intermediate (menengah) dan advance (lanjutan). Ada lebih dari 4,5 juta pengambil test ini setiap tahun. TOEIC adalah sebuah standard yang mengukur kemampuan bahasa Inggeris di tempat kerja di seluruh dunia. Test TOEIC adalah penghargaan yang sangat berharga bagi pekerja profesional. 

Tujuan dari TOEIC lebih macam-macam dari test-test lainnya. Umumnya TOEIC digunakan untuk 3 kegunaan iaitu : 

Corporate 
Menggunakan tes TOEIC untuk kemajuan dalam perbincangan dan tujuan perniagaan, juga dalam program kemahiran bahasa Inggeris, merekrut dan mempromosikan karyawan, serta menempatkan pengukuran standard di tempat di lokasi kerja.


4. SAT (Scholastic Aptitude Test) 
[spoiler=for SAT]
SAT adalah test yang akan mengukur sudah sejauh mana anda menguasai subjek yang dipelajari di sekolah dan seberapa baik pula anda dapat menerapkan pengetahuan itu. SAT ini menilai pengetahuan anda tentang membaca secara kritis, menulis dan matematik yang sudah anda pelajari. Waktu ujian SAT ini adalah 3 jam dan 45 minit. 

Test SAT terdiri dari tiga bahagian: critical reading, mathematics, dan writing. Setiap bahagian dinilai pada skala 200 - 800. 


5. GRE (Graduate Record Examinations) 
[spoiler=for GRE]
Test GRE diperlukan oleh individu yang akan melanjutkan pengajian pasca siswazah S1 & S2 (Sarjana & Master) dalam pelbagai bidang. Test ini dirancang untuk membantu akreditasi calon pelajar yang berkelayakan dan para sponsor boleh menilai keupayaan pemohon untuk tujuan program mereka.

Bentuk Test GRE
GRE General Test
Test ini untuk mengukur kemampuan untuk jangka waktu yang panjang dan biasanya tidak lah berkait dengan bidang studi tertentu. Test ini terdiri daripada: 

Verbal Reasoning - 
mengukur kemampuan untuk menganalisis bahan penulisan; membaca informasi yang diperoleh dari bahan itu; menganalisa hubungan antara teori-teori atau tajuk utama, dan mengenali hubungan antara kata dan konsep.

Quantitative Reasoning - 
mengukur kemampuan matematik dasar; pemahaman tentang konsep-konsep matematik dasar, kemampuan alasan kuantitatif dan memecahkan masalah dalam pengaturan kuantitatif. Ada keseimbangan antara pertanyaan yang memerlukan add maths, geometri dan analisis data.

Analytical writing sections - 
mengukur kemampuan untuk mengartikulasikan dan mendukung idea-idea yang kompleks, menganalisis argument, mempertahankan sebuah diskusi menjadi lebih fokus dan koheren. Test ini tidak menilai pengetahuan spesifik, dan tidak ada cara cepat terbaik untuk menjawabnya. 


6. GMAT (Graduate Management Admission Test) 
[spoiler=for GMAT]
GMAT adalah standard test international yang dipakai oleh banyak universiti antarabangsa dalam menentukan “APTITUDE” mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat (MBA). Test ini dirancang untuk membantu program management menilai kelayakan pemohon dalam bidang business and management.

The Graduate Management Test 
mengevaluasi kemampuan menulis verbal, kuantitatif, dan analitis bahwa Anda telah berkembang dari waktu ke waktu melalui pendidikan dan bekerja. 

The Verbal Section
mengukur kemampuan Anda untuk membaca dan memahami material penulisan, dengan akal dan menganalisa argument, memperbaiki bahan penulisan untuk menyesuaikannya ke dalam standard Bahasa Inggeris yang baku. 

Sumber: forum dan website yang berkaitan.

Harap membantu untuk sesiapa yang memerlukan^^

Pengalaman dari Business School :Target MBA di top schools

Waah..Best betul kalau impian ku menjadi realiti. Tak mustahil. Target biar tinggi. Sesuai dengan kepercayaan diri yang kita boleh. Boleh jadi 'siapa' pada masa depan.

MBA

Kebanyakan orang yang dah bekerja akan target nak buat MBA. Nak sambung ke top universiti perlu paling kurang 3 tahun pengalaman kerja. Mengapa perlu Top Universiti? Di sini Saidah hurai serba ringkas bagaimana nak sambung ke USA dan di mana yang best nak sambung.hehe. p/s: Business School memang mahal dari school yang lain.



School yang terbaik untuk MBA adalah yang ada the Association of MBAs (AMBA). AMBA accredit over 150 UK and global MBA programmes and set high standards related to student mix (ie a good balance of UK, European and International students) good staff student ratios, high entry requirements (students need to have a good first degree but significant experience too), flexibility and access to top academic staff. Other global Business School accreditation bodies are AACSB (based in the USA) and EQUIS (based in Europe).

Fees for many MBAs are expensive (£18,000 plus is common for AMBA accredited Schools) and you tend to get what you pay for in terms of career progression and salary, student support, knowledge and networks. Contoh, MBA di Edinburgh Business School adalah £21,000 untuk setahun.

A MBA is far more than just an expensive MSc/MA but is designed to allow existing managers, civil servants, engineers, scientists and education professionals put their experience back into a management theory and context. This means that fellow students can share their experiences while getting to grips with the latest management theory with highly regarded academic staff. MBA courses also involve at least one major project with a real 'client' (25,000 words is common), company visits, exchange programmes and other real life simulations. Most AMBA accredited and respected programmes have an entry requirement of 3–5 years management related experience prior to enrolment.




Many UK Business Schools have dedicated MBA suites with base rooms, seminar rooms, cafés and breakout areas – to encourage a collegiate atmosphere. Specific MBA facilities and careers advice may also be important to prospective students.

MBAs are often available (including AMBA accredited ones) as distance learning, part-time as well as traditional full-time 12-month programmes, or as double qualifications allowing students to spend time in more than one place.

In short, prospective MBA students should do their research on course content, flexibility, accreditation and quality control, academic expertise and career support, fees and scholarships (some UK MBAs offer fee discounts for their own graduates or for UK students to help ensure the right global student mix), facilities, career progression and facilities.


Pilih Universiti yang bagus


Phil Dunne, dari satu syarikat yang dirahsiakan berkata, ciri-ciri yang dilihat untuk lepasan MBA dari sesebuah universiti adalah:


1) “Business schools yang menyediakan an efficient source of pre-screened and easy-to-access talent; 2) The subjects - analytical techniques and business focus - equip recruits with relevant, broad-based problem-solving skills; 3) The case-based, team-oriented learning format is a good simulation for working practices encountered in a consulting environment.” 


Sumber: Martindale, N. (Nov, 2012), The Telegraph UK

Memang betul. Realiti pelajar MBA akan diberi tugasan dalan bentuk "consultancy project"- "real case study with selected big companies". Yang tu daripada yang Saidah lihat dan sembang dengan Project Manager Edinburgh Business School, Douglas. Kebanyakan analisis dari segi pasaran menyatakan MBA "graduates" gaji lebih tinggi sebanyak 50% daripada gaji mereka yang sebelumnya. Best2. Nanti InsyaAllah Saidah nak ajak husband buat MBA ke Harvard..Sape ntah.hehe. GMAT memang susah nak score. Takpe, I bagi semangat.hihi..

Kena score GMAT

Apa itu GMAT? Lihat pautan yang Saidah tulis di sini http://ursaillaes.blogspot.co.uk/2013/05/apa-itu-toefl-ielts-sat-gre-gmat.html

USA ada banyak universiti yang best dalam Business School. Bagi Saidah, kalau kita berjaya dalam kerjaya, jom kita memantapkan lagi dengan pemikiran akademik. Nanti boleh sumbangkan ilmu kepada masyarakat. Teringat ada lesson yang Saidah belajar dalam salah satu kuliah, iaitu kebanyakan syarikat akan lebih berjaya jika innovative dan tahu memanfaatkan peluang selari dengan trend global. Universiti yang top banyak menawarkan peluang seperti "entrepreneurs circle" yang melibatkan individu yang tepat dan mempunyai semangat dan sikap yang sama. Kejayaan kita adalah ditentukan dengan siapa orang di sekeliling kita. Orang yang tepat.

Contoh GMAT yang kena score di USA
MBA Program
US News Rank

(2012 data)
BW Rank

(2012 data)
Average GMAT
1
5
728
2
2
724
3
10
718
3
3
718
5
4
714
5
1
715
7
14
716
7
8
718
9
9
712
10
18
715
10
21
722




1) Harvard University

Pembelajaran Saidah banyak berdasarkan "case study" dari Harvard Business School (HBS). Untuk tujuan individu, "case study" dari HBS mahal. Jadi banyak "advantage" belajar di Top Universiti adalah akses kepada kepakaran terus kepada industri melalui "case study". Memang best baca. I got inspired everytime I read it. Ambitiouss jadinya nak jadi a successful entrepreneur/ corporate figure one day.

1. Harvard Business School
best bschools harvard
Index: 100.0
2011 rank: 1
Median GMAT: 730
Acceptance rate: 13%
Median starting salary: $120,000
Recommended two-year budget: $164,000
Harvard Business School is synonymous with the MBA degree. It's hard to beat the cache of the HBS degree which is one reason the school receives more applications to its MBA program than any other in the U.S.
More chief executives and presidents have had their MBAs issued by Harvard than any other school. And Harvard has become a hotbed of entrepreneurial activity as well.

Saidah bagitahu pasal Harvard je. Universiti lain mungkin sama aje kot. hihi..Cheers!

p/s : nak tengok tak gambar-gambar universiti terindah di UK?=))

Tuesday, 30 April 2013

Pengalaman dari Business School @ The University of Edinburgh: Membina kerjaya ~

Bagaimana LinkedIn penting vs Facebook dan Twitter

Ini Siri pertama. Tujuan menulis takde lain takde bukan semata-mata mahu berkongsi pengetahuan dan peluang belajar di sini. Mukadimahnya, lulusan universiti yang baru tamat pengajian di Malaysia kurang didedahkan mengenai kepentingan sosial media dalam mencari peluang pekerjaan atau berbisnes. Dari pemerhatian laa...Mungkin dari konteks IPTA Saidah dulu, sebab baik kursus-kursus keusahawanan mahupun cemana nak menyiapkan diri ke alam pekerjaan, kita tidak didedahkan mengenai potensi besar dan pengaruh sosial media. Contohnya, Facebook, Twitter, Blog dan LinkedIn.



Melihat cemana dasyatnya kawan-kawan sekelas "international" di sini betul-betul memanfaatkan Linkedin, ade seru-seruan dari tanah air untuk Saidah berkongsi di sini tentang cara kelompok minda kelas pertama berfikir secara kompetitif. Penulisan ini adalah melalui pemerhatian, "business talk series" dan pembacaan sepanjang belajar di The University of Edinburgh sebab Saidah mahir jugakla menganalisa sesuatu keadaan..hehe (I love critical thinking)=p

Additional info : http://ursaillaes.blogspot.co.uk/2013/05/social-media-for-small-business.html#!/2013/05/social-media-for-small-business.html


Fakta:

    Twitter mengatasi Facebook dalam "social recruiting" sebanyak 10% dalam carian internet dan 3x ganda akses peluang pekerjaan yang ditawarkan pasaran.

Jom berLinkedIn!!!

"I have LinkedIn account but I don't know how to use it" "What is LinkedIn???"
- 75% of recruiters have 100 or less Twitter followers
- 28% of recruiters have over 1,000 LinkedIn connections
- 21% of recruiters have 50 or less Facebook friends


Hah, nampak kat sini "recruiters" adalah pengguna hyperaktif sosial media terutamanya LinkedIn.
  • "Recruiters" korporat cenderung untuk aktif Facebook sebab nak tambah kenalan, alumni, dll. tapi aktif LinkedIn adalah lebih fokus kepada industri tertentu dan hubungan yang lebih profesional.
  • Contoh, dengan aplikasi mobile LinkedIn, bisnes kad dilihat tak lagi relevan. Makna kata, dalam "networking session", anda dilihat kreatif menggunakan jaringan sosial. Kan leceh bila kita sibuk, dah lupa kat mana kita letak bisnes kad yang orang bagi. Semasa "visit" ke Shell UK, semasa sesi "networking", mereka lebih selesa tak dihulurkan bisnes kad. Dorang kan sibuk, bila la nak tengok bisnes kad semut macam kite nih.hehe..Selain itu, tak "environmental friendly". Betollll takkk....?

  • Konpem ramai ade Twitter. Korang manfaatkan cemana? Twitter adalah lebih efisien dalam jaringan sosial sebab lebih cepat dan akses terus kepada kebanyakan "business news". Eyh, sama jugak mcm LinkedIn. Baca Bloomberg, Wall Street, Reuters kat news feed aje. Yang syoknya, "research" terkini daripada dunia korporat terus masuk "wall". Contoh, Shell kat USA buat pertandingan Cloud Computing- kaitkan dengan industri minyak dan gas pada masa depan. Hadiah lumayan woo. Lupe daa USD berapa. Kalau kita yang sibuk tak baca s/khabar, memang tak tahu. Ramai malas nak buka berita ni..FB je senang.hehe.. Setuju tak?angkat kening sape setuju..hihihihihi..
  • Apepun kata kajian ni Twitter lagi laris mungkin sebab lebih mudah orang "re-post" kerja di Twitter daripada LinkedIn atau mungkin juga senang nak "scroll down" balik "posting" yang lama berbanding LinkedIn.
Contoh kepentingannya:

1) Jaringan "networking" secara profesional

Untuk mendapat kepercayaan seseorang, orang akan "search" mengenai anda dan cara kerja kita lah.Contoh, kawan satu projek konsultansi dari Norway, dia tulis Saidah ni cemana. Pemalas katanya.hahahahah.gurau laaaa..boleh rujuk contoh kat bawah kalau nak tahu dia wat cemana. Mamat Norway ni hebat kottt, separuh ribu dah kenalan dia seluruh dunia..Ouuhuu..thanks Eric sebab jadi "referee" Saidah.hehe. Selain Eric, mamat hensem dari Germany, Chris pun jadi referee Saidah. Comel je, tanpa disuruh..kiki...Sangat menghargai kamu, (translate ke Bahasa Malaysia ye kalau nak faham.hehe). Automatik orang yang nak tahu cara kita bekerja boleh terus refer LinkedIn tanpa perlu "call". Dunia tanpa sempadan.hehe...






Saturday, 13 April 2013

Jadi Business Mentor kat Forrester High School selama sebulan! Mencabar betul.

Kali ni, memang nak cerita pengalaman mengajar anak2 orang putih. Owhh, mencabar..sebab bahasa dan ini satu pendedahan yang sangat baru untuk alam persekolahan di sini..Antaranya, pelajar-pelajar yang berumur 14 tahun (7th grade) yang sangat stylo - datang sekolah bermekap tebal dan fesyen rambut yang pelbagai - bagi  pelajar perempuan dan fesyen rambut ala-ala Elvis Presley pelajar lelaki...dengan Slang Scottish yang pekat, memang ha, ambik!!struggle nak kawal bebudak ni....selalu pesan pada diri "keep motivated Saidah, you can do it!"

Projeknya: Business Mentor for Citrus Saturday  (20 Mac-20 April)

Projek kerjasama dengan City of Edinburgh Council

Pada pertengahan Januari, ada satu emel masuk dari EUSA (macam perwakilan pelajar universiti), tarikh tak ingat, bertanyakan sesiapa yang berminat untuk jadi business mentor untuk "high school" yang syaratnya adalah pelajar Business School untuk mengajar dan "lead" segala-galanya pasal "enterpreneurship" /keusahawanan. Apalagi, prinsip Saidah, pengalaman kat sini yang pelik2 n mencabar patut dikejar.hehe...lagipun, boleh tambah kenalan dan banyak boleh bercerita kat famili pasal kat sini..setidaknya, takla datang sini semata-mata menghadap buku je kan..sebab ilmu datang dari macam-macam cara...hehe..

Ape itu? Business Mentor dalam Projek Citrus Saturday?

Yup...Citrus Saturday adalah projek yang berjaya dilaksanakan pada 2011 di London dan pada tahun lepas (2012) di Edinburgh dengan kerjasama University College London (UCL). (Sebut UCL, sayu je..huhu..sebab offer yang diterima dulu memang bagus - International Double Masters)...

Sorry, sambung lagi..hehe..emo kejap..projek Citrus Saturday adalah salah satu projek daripada "Open Innovation" melibatkan 5 buah sekolah tinggi di Edinburgh, dengan 16 orang mentor, termasuk Saidah. Menariknya, projek ini adalah projek dalam ekperimen untuk melihat konteks entrepreneurship dengan penglibatan menyeluruh dan sokongan padu daripada institusi-institusi dan masyarakat. Dengan biayaan daripada European Union (EU), Edinburgh adalah ketua dalam eksperimen ini...perancangan mereka, projek seumpama ini akan diperluaskan di 5 negara sasaran iaitu UK, France, Germany, Belgium dan Ireland.

Untuk rujukan lanjut, boleh lihat di sini: Testimoni daripada salah seorang peserta High School http://openinnovationproject.co.uk/dev/index.php/case-studies/citrus-saturday-josh


Penglibatanku...

~ Menjadi PVG member

Okey, 1st step, officer City of Edinburgh Council hantar emel, yang peserta dikehendaki datang ke "Council's office" untuk "The Protecting Vulnerable Group Scheme (PVG) check". Di UK, ada sijil PVG melayakkan anda masuk mana-mana program volunteer dan memang diiktiraf sebagai 'bertauliah' untuk mengendalikan kanak-kanak, orang-orang tua dan sebgainyalah yang termasuk dalam kerja-kerja komuniti.

Pengalaman untuk Bengkel Pertama (20 Mac 2013)

Dengan kesibukan kuliah dan assignments, Saidah "last minute" kontek 3 orang lagi Mentor yang dapat sekolah Forrester. Jadinya, dorang tak perasan emel Saidah. No. phone dorang pun tak ade masa tu. Alkisahnya, pergi sengsorang la ke sana...dari Universiti ke sana, ambil masa hampir 40 minit! jauhkann...jadi, naikla bas. Hari itu hari Allah nak uji di bumi Edinburgh, Saidah sesat! sebab dah pesan kat pemandu bas, bagitahu Saidah bila sampai kat "bus stop" yang dekat dgn sekolah tu..tapi tup2, dia kata, "Hi, I am sorry, I forgot to tell you"..so, what???Saidah kena turun dan jalan kaki,.10 minit katanya,..gerammm betull masa tu..Saidah turun dan tengok sekeliling, takde bangunan2 kiri kanan, kereta pun jarang2..mcm highway kat hujung bandar!..dh nak wat camna, jalan jelah, sambil salji turun (sejuk masa tu), sambil tu memang dah nangis sebab geram Saidah boleh lewat sampai untuk hari pertama...Akhirnya, sampai jugak setelah setengah jam jalan kaki. Mujur Allah tolong dengan menemukan 2 orang pejalan kaki di kawasan yang sunyi itu,..sangat tak sangka..Alhamdulillah..Ok, tu cabaran pertama.



Bengkel Kedua (10 April) - cuti lama dari minggu pertama sebab Cuti sekolah "Easter break"

Tugasan kali ini lebih menarik, business mentor perlu memastikan pelajar-pelajar menghasilkan minuman sendiri dengan kreativiti masing2. Bahan-bahan mentah disediakan, iaitu:

- buah lemonade, oren, strawberi, limau nipis gula, dan air

Untuk makluman, pelajar - pelajar ini sangat nakal. Kata- kata cikgu mereka sendiri mereka wat tak endah. Siap gaduh lagi depan cikgu sebab tak puas hati potong tak buah tak betul..apela dorang ni..tak matang tapi wat2 matang...haha..yang part kelakar, lepas buat minuman masing2, cikgu dorang bagitahu akan ade 15 pengadil/tester untuk mengadili minuman yang terbaik antara 2 kumpulan.  Tup2, datang pengadil2 tu, adalah budak-budak kecil yang sangat comel..serius comellll betul! dorang sangat "innocent" - dalam umur 8 tahun, datang untuk minum je.haha...Cara pendidikan di sini sangat suka memuji orang. Memang sangat perasan, dari mula aktiviti, setiap gerak kerja, cikgu yang memantau puji setiap sorang melambung tingginya. Bagi kita, tak ada ape pun. Budaya kat sini, mereka akan memuji dengan penuh "facial expression". hehe...Tugas Saidah, kena pastikan keadaan dan aktiviti berjalan sebagaimana yang diberi panduan oleh "officer Edinburgh".

Gambar bilik darjah:





Bengkel Ketiga (17 April)

Akan bersambung...tugas kali ini adalah berkisar strategi "Sales and marketing for the drink". Nanti 20 April kena menjual di shopping centre kepada orang ramai. Jadinya, penting untuk pelajar-pelajar ini bermotivasi untuk strategi jualan mereka nanti.-)





Thursday, 11 April 2013

Pengalamanku : Nikmat dapat travel alone - (backpacker)



Dulu tak pernah disangka..berangan-angan nak jadi macam Sinbad, Ibnu Sina dan Peter Pan yang tak besar-besar - mengembara dan menjelajah dunia impian! Sepanjang dalam train, asyik senyum je sambil memuji kebesaran Illahi sepanjang travel dalam UK. Hehe..Siapa sangka kan, impian yang memang mustahil lah, iaitu nak travel sorang backpacking. Dulu sangka nak travel jelajah Australia sebab dekat dengan Malaysia. Hehehe..Last2, Allah bagi peluang pergi UK dan belajar kat University of Edinburgh, universiti yang memang top 50 world ranking dan terkenal kat negara kita sebab Amalina. Hehehe...

Owh, Edinburgh yang sangat cantik, memang tak puas duduk kat bumi bertuah ini.....=)












Teringin nak berkongsi gambar2 menarik di bandar terpilih di England. Sangat cantik.......
Memang kenangan lah nanti...=)

MANCHESTER






UNIVERSITY OF OXFORD












Haa, teringin nak wat video la..sbgai kenangan..=)



Cambridge je tak pergi lagi..arghhh..takpelah. bila jadi academician lah nnti..hehe...g coference ke....angan-angan je ni..hehe



Saturday, 2 March 2013

Sambungan...(bagi yang tak sempat sediakan IELTS @ referee letter)

Sambungan dot dot dot

Okey, buat masa sekarang, pasti ada kawan-kawan tak sempat menyediakan surat-surat @ dokumen yang saya bagitahu sebelum ini. Untuk yang layak (pelajar semester akhir Ijazah boleh memohon jugak) - boleh tengok syarat2 MARA (http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=c365abf5-c032-4672-8f3d-3e229bf10a7b&groupId=30564).

Persoalan-persoalan yang biasa ditanya:

1) Saya tak ada buat IELTS lagi, boleh ke mohon?
= Boleh. Ada sesetengah universiti dan program tidak memerlukan IELTS (sebilangan kecil universiti di Australia & UK) - tapi memerlukan surat bukti dari bahagian akademik (HEA) yang menyatakan pembelajaran di universiti semasa Ijazah adalah dalam bahasa Inggeris. Sila lihat post saya sebelum ini - sudah memudahkan kerja anda. Seeloknya, buat IELTS, sebab memang membantu untuk pembelajaran di sini.

2) Tak ada IELTS, tak ada surat sokongan pensyarah & tak mohon ape universiti pun lagi! Camne tu? CGPA layak, sempat tak mohon MARA?
= Boleh. sebab cuba klik permohonan dalam talian MARA tu, bahagian yang diminta untuk diisi tak memerlukan anda "upload" surat-surat/ dokumen pun. Ruangan universiti tu isikan kemungkinan Universiti anda akan dapat. Cuba je. Ikhtiar, kalau anda betul-betul berminat.

3) Saya tak ada pengalaman bekerja. Apa nasihat Saidah?hehe (academic advisor)
= Seelok-eloknya ada pengalaman bekerja. Kita lebih jelas tujuan kita belajar dan dapat aplikasikan untuk kebaikan lepas tamat belajar nanti. Selain itu, rajinkan membaca. TIPS: pembelajaran UK sangat banyak memberi contoh negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Jadi, Saidah bagitahu siap-siap cabaran untuk bersaing dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain.

4) Nak kawan/ takde kawan untuk mohon belajar ke luar negara?
= Tak perlu fikirkan "nak ada kawan" kalau kita nak capai impian kita sendiri. Tak perlu risau ye (biasanya mak ayah yang risau sangat nih=p). Nanti, slot Biro Tatatnegara (BTN) anda akan jumpa ramai kawan yang akan "fly" tempat yang sama. Okey?hehehe...

p/s: Feel free to add me to your LinkedIn network : http://uk.linkedin.com/in/saidahasilah/
 Okey, sampai di sini dahulu=)
Sekian...

Friday, 1 March 2013

Sambungan...Cara-cara memohon sambung belajar

Ni sambungan yer...

Ni cepat-cepat Saidah menaip, sebab kekangan masa..jadiknye "simple" je lah, nanti ade penambah baikan lagi...Langkah- langkah yang patut diambil tahu:

1) Dapatkan surat sokongan 2 orang pensyarah yang tahu pasal kita. Jadi, sebelum habis belajar tu, dah buat siap2. Kita yang kena karang sendiri dulu taw. Pastu bagi buat "appointment", bagitahu sekian2...bawa tunjuk dalam "hard copy" dan "soft copy".

2) Siapkan surat "personal statement" dan "resume" untuk sambung belajar. Contoh memang banyak di internet. Tapi, nak dapat top universiti, janganlah buat kerja malas - "plagiarism".

3) Sediakan kewangan jugak. Anggaran paling asas: IELTS (Peperiksaan- RM 600.00) + Visa (RM 1500.00) + Passport (2 tahun- RM 150.00, yeke??lupe..hehe)

 4) Berdaftar untuk ambil ujian IELTS - untuk ke UK/ Australia/ Canada atau TOEFL - untuk ke USA
- Boleh ambil di IDP, Subang Jaya atau di British Council, KL @ P. Pinang.
- Lihat dan baca apa itu IELTS, bayaran peperiksaan dia, dll.
- Tak mahu ambil kelas IELTS, boleh beli buku IELTS @ muat turun "soft copies" kertas2 peperiksaan IELTS melalui "software" Utorrent @ pinjam buku di perpustakaan @ "google" je pasal IELTS
# sekarang senang, RAJIN2 kan meng "google" ..=)
- Lihat  syarat program tu. Universiti nak berapa syarat lulus untuk memohon. Band 6.5 paling cikai nak mohon. Kebanyakan nak Band 7.0..paling tinggi Band 9.0.

Ape lagi yer...huhu~hmmm...

5) Ahhaa..sesiapa yang dulu belajar guna PTPTN, wajib buat surat minta pelepasan/ penangguhan bayar sebab mahu sambung belajar. Samalah dengan JPA. Surat pelepasan tu, akan diterima dari PTPTN/ JPA yang mereka dah maklum pasal kita. Kalau tak buat, tak boleh terbang!hehe

6) Conditional offer @ Unconditional offer??
 Okey, bab ni penting kena tahu. Conditional offer - maksudnya kita dah ada tempat kat Universiti tu, tapi syarat IELTS tak dipenuhi (tak buat lagi @ tak dapat band yang die mahu). Tapi, kalau lambat wat IELTS (universiti akan bagi tempoh - dalam 1-2 bulan), tawaran/ tempat untuk kita akan ditarik balik.
Unconditional offer - Haa, dah boleh plan nak wat visa & kenduri dah. Tahniah. Semua dah lulus, takde halangan daripada pihak universiti.

Setakat ni je dulu yek...betul2 dah dapat offer universiti( tengok "ranking" ni http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/ dan dah buat yang Saidah senarai kat atas tu, baru tanya) ye..

P/S: Sejak tahun semester pertama Ijazah Saidah dah target nak belajar luar negara...usaha dan carian sendirian berhad...tapi sungguh kata orang, usaha yang jerih dan tak putus asa tu, bila dapat genggam hasilnya...nikmatnya manisss sekali..hehe

Kat sini, Saidah berkongsi contoh "referee letters" untuk rujukan sesiapa yang memerlukan. Harap dapat saham akhirat - sedikit-sebanyak membantu kawan-kawan untuk menuntut ilmu.
Sekian=)