Pages

Monday, 9 March 2015

Menghitung hari genap 40 minggu - pengalaman nak melahirkan


Hari ni, tinggal lagi 2 hari untuk cukup genap 40 minggu mengandungkan anak sulung. Aaa...jenuh dah tunggu kat kampung untuk baby keluar. Saya punye encik suami Perfect 10 pun dah ambil cuti seminggu untuk standby saya bersalin. 

Usaha - usaha untuk mudahkan saya bersalin, semua tips saya dah ikut. 

p/s: Alhamdulillah saya dah selamat bersalin normal. Memang Allah mudahkan, hanya 3 jam sakit bersalin betul di Labour Room. boleh baca link di sini pengalaman bersalin saya

Antaranya:.

1. Baca surah Maryam dan Yasin selalu

Khatam al-Quran pun dah, lega untuk amalkan surah-surah yang cepatkan bersalin. Setiap hari saya baca surah Maryam sambil berdoa niatkan Allah mudahkan dan cepatkan baby keluar. Lepas tu, saya bergilir dengan surah Yasin. Solat hajat pun saya usahakan.

2. Berjalan kaki 

Setiap pagi sebelum makan pagi, sejak suami balik kampung, kami akan berjalan kaki agak jauh jugalah. Jalan kaki laju pulak tu. Last tu, kami singgah warung kedai makan yang ada dalam kampung Jenagor nih. Hahaha. Memang tour jalan-jalan cari makan sungguh.

Setiap petang pun sama. I merayu manja untuk encik suami temankan pergi jalan-jalan. Sebelum suami, abah yang temankan. Ada yang I jalan sengsorang. Usaha non-stop tanpa jemu sungguh. Kuala berang pun kami dah pergi pusing dah. Pergi taman permainan tepi sungai, padang astaka, lalu deretan kedai berulang kali sampai suami yang penat. Mak buyung menang lagi tau. Tenaga yang ada rasa kuat sungguh, semata-mata nak baby mau keluar awal. hukhuk. Bila tengok suami penat macam tu, kesian pulak, jadi belanja la dia jus blended campur aiskrim. Hehehe. 

p/s: Semalam ajak abah dan suami temankan pergi jalan-jalan kat Kuala Terengganu. Start dari Paya Keladi Square kami pusing, lalu Pasar Payang, Istana Maziah, dan patah balik ke Paya Keladi, abah orang pertama angkat bendera 'kalah'. Hahahaha.."kuat sungguh mung nih". Belanja la dorang pulak ice-blended. Hehehe.

3. Duduk bertinggung macam nak jalan itik 

Macam mak I, duduk bertinggung memang dah tak dapat der..Solat pun duduk bila dah 9 bulan. Tapi lain anak dia..berus kain yang dah direndam dalam baldi tiap-tiap hari tu la senaman itik nya. Hahaha. Walapun dah nak dekat 40 minggu, I boleh lagi bertinggung tau basuh kain macam orang yang tak mengandung.

4. Minum air kelapa

Duduk di kampung, belakang rumah memang banyak pokok kelapa yang rendang. Apa lagi, masa mula-mula balik kampung, tiap -tiap hari abah atau mak mengopek buah kelapa muda nak bagi amk buyung makan. Nikmat nye perghh.. Pulak tu, minum dan korek isi kat pangkin bawah pokok manggis yang rendang. Dahla percuma, jika nak dibandingkan dengan duduk di bandar. Suasana sungguh menyamankan. Hehehe...

5. Rajin bersama dengan suami

Ehem- ehem, sejak suami balik kampung nih, gila- gila la mak buyung menggoda dia. Ahahaha ;p

6. Rajin solat Dhuha

Solat Dhuha memang pembuka rezeki. Selepas bersalin, susu badan I memang banyak sehingga banyak stok susu walaupun baru beberapa hari bersalin. Rezeki baby ;). Alhamdulillah, mungkin juga selain solat Dhuha hampir setiap hari sepanjang saya mengandung hingga sarat, dan juga amalan mengaji surah-surah yang disarankan untuk ibu mengandung, bayi senang sangat dijaga semasa I berpantang. Setakat ni, bayi tak meragam dan hanya merengek bila mahu menyusu dan kencing/berak.

7. Bercakap dengan baby dalam perut

Tiap- tiap hari pujuk baby untuk keluar cepat dan mudahkan mama dia. Huhu. Bukan apa, kesian kat encik suami, dia dah ambil cuti seminggu. Lepas seminggu nih, cuti susah dah. Takut sangat nanti kena induce, suami takde untuk temankan. Kita pun sangat risaukan suami kalau dari KL nak ke Terengganu sengsorang sebab dia mudah mengantuk masa memandu. Ya Allah, mudahkan urusan kami...Lagi satu, 4 hari lagi ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Nak sangat hadiah baby kami kat suami dan mak tok dia.

..................................................................................

Cara - cara yang lain pun saya ada buat. Siap belanja mak abah g Kota Kinabalu menikmati percutian 4-5 bintang gitu selama 3 hari 2 malam 7 hari sebelum saya due. Niat pertama, untuk gembirakan mak abah yang bertungkus-lumus untuk kenduri kahwin saya dulu. Keduanya, mak abah tak pernah naik kapal terbang dan honeymoon jauh- jauh. Ketiganya, nanti mak abah sibuk urusan jaga saya berpantang, cucu dan urusan kenduri kahwin adik 5 bulan lagi. Terakhir, semoga anak saya yang nak keluar ni akan berbakti dan baik kepada ibu bapa macam mak dia. Ehehehe. ;p

Ok sekian mencoret blog sebelum bersalin. Nanti nak update pengalaman bersalin pulak. Hee ~

p/s: Love u so much encik Suami Perfect 10! Sebab sanggup melayan karenah saya sebelum melahirkan baby kita.



Post a Comment

Daisypath - Anniversary