Pages

Thursday, 2 January 2014

Bercuti ke Fraser's Hill sempena 1/1/2014

Hi, kali ni nak tulis pengalaman yang Best! sebab 1st time hangout pada tahun ini. hehehe.

Entri ni nak citer pasal Fraser's Hill. Dah lama dengar pasal Bukit Fraser tapi tak pernah bayangkan laluan nak naik & turun sangat bengkang bengkok. Saidah sampai muntah & tak boleh nak tengok jalan dia. Tapi yang bestnya, pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan.

Kebanyakan yang pergi, orang yang minat dengan laluan mendaki & benkang bengkok ni. Kebanyakan yang pergi dengan kayuh basikal dan motor superbike berkonvoi ramai-ramai. Fraser's Hill ni best kalau kita pergi dengan rancang apa aktiviti nak buat ramai-ramai atas tu. Sebab tempatnya takde tarikan sangat melainkan nak kan ketenangan di tempat tinggi.

Sebelum nak sampai, kita akan lalu empangan Kuala Kubu Bharu. Sangat cantik & mempesonakan, subhanallah. Tak pernah dengar pasal empangan ni. Sungguh cantik sebab tasik dia macam berlekok-lekok & bukit belakang tu ada kabus. Sekali pandang macam ade salji kat bukit belakang tu. Cantik!

Jadi, kali ni Saidah sertakan gambar kami berkonvoi ramai-ramai. Encik tunang, Rasyaik adalah ketua yang rancang aktiviti kami. Terima kasih kawan-kawan sebab anda sporting & best!!!;)





hehe..bolehla untuk enjoy dengan member. Kalau bawa orang tua & anak-anak kecil, Saidah tak galakkan sebab jalannya tu. Sekian:)
Post a Comment

Daisypath - Anniversary