Pages

Wednesday, 23 October 2013

Majlis Pertunangan Saidah Asilah - Rasyaik Murad

Salam to my fellow readers,

Uhuu, maaf kalau ade yang tengok & nak tahu perkembangan blog ni, dah bersawang tak meng'update'!! Adoih, sibuk maa. hehe.. Okay, post pertama lepas balik dari UK, Saidah nak kongsi persiapan pertunangan dan majlis ini serba sedikit.

Oleh sebab tunang orang jauh (Penang), Saidah ke Penang lah untuk membeli cincin. Kang takut tak berkenan, besar lah, dll, Saidah bernasib baik ada ibu saudara tunang yang ikut sekali. Bab ni memang penting sebab orang yang lebih tua arif tentang saiz, bentuk cincin, kedai mana yang senang nego dan lain-lain sebab macam Saidah yang tak pernah pakai cincin, memang 'blurr'. Cincin belah rotan dan cincin permata pun macam haa?? yang mana satu?hahaha..punyela tak ambil tahu bab cincin nih.

Hantaran pihak Saidah ke pihak lelaki ada 7 dan pihak lelaki bagi 5.

Hantaran perempuan:
1) Kek (Saidah tempah jenis fondant untuk tahan perjalanan jauh tu)
2) Buah
3) Tart + Kuih bunga durian/ loyang
4) Baju kemeja
5) Kain pelikat
6) Coklat
7) Sirih junjung

Hantaran lelaki: 
1) Kain baju kurung
2) Bahulu (gambar ikan 2 ekor..terkejut gak..haha)
3) Buah
4) Sirih junjung
5) Cincin pertunangan

Terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan Rasyaik yang jauh dari KL sudi hadir. TQ Amsyar, Faujee, Temerloh's guy (lupe nama), Kak Ahn dan Kak Hanyss. Harap nanti datang la majlis walimah kitorang pulak tak kesah kat Terengganu @ Penang.

P/S: Pelamin tunang, baju bertunang, gubahan hantaran dan makanan untuk tetamu semua buat sendiri. Menjimatkan kos sangat. Alhamdulillah. Terima kasih saudara - mara sebelah mak dan abah yang banyak menolong.

Gambar sekitar majlis pertunangan:



















Post a Comment

Daisypath - Anniversary