Pages

Wednesday, 23 October 2013

Life after my Master's Degree, what's next???

Dot dot dot

Lepas je balik dari Edinburgh, ramai jugakla yang bertanyakan Saidah tengah buat ape, keje tak lagi..Haihh serabut nye...huhu...

Saidah balik awal ke Malaysia (tak tunggu "graduation ceremony") sebab nak tolong famili berpindah ke rumah baru. Banyak sangat nak pindah barang. Yang kecik-kecik tu penant angkut..Maklumla, adik beradik 5 orang, semua ade barang masing-masing. Buang habis buku lama-lama. Huhu...

Masa kat Edinburgh, kawan-kawan duk kata, tak yahla balik lagi....!!!Bukan senang nak grad kat oversea..huhu..takpelaaa..kalau Saidah duduk lama lagi, banyak duit habis. Almaklumlaaa, Saidah kaki tak duk diam!!! Simpanan untuk kawin pun ntah ke mana nanti..Korang takpe, komitmen tak banyak. Ohoho..takkan nak harapkan duit mak abah, ye tak?

Dalam urusan semua tu, Saidah pun "prepare" untuk majlis pertunangan Saidah. Semua buat sendiri. Tu sibuk..Lepas majlis tunang tu, baru aktif carik kerja. haha.. Nak sangat buka bisnes sendiri,..tapi lepas kaji balik, dengan komitmen Saidah yang ada (bakal ada famili), baik kerja makan gaji dulu. Perlahan-perlahan bina "networking", tahu "trick" selok-belok dunia bisnes... Yelah, takut juga nanti tersalah langkah. Aaa.. tak suka betul kerja dengan bos. Nak sendiri jadi Bos!hehe...Sabar ye..cari pengalaman dulu.

Duk perhati-perhati, semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Tak sampai rezeki kerja hebat awal-awal, rezeki dapat jodoh, famili dan kawan-kawan yang baik datang dulu...Yang penting usaha. Tapi itulah, zaman sekarang memang pakai "referral"..Saidah perhatikan banyak peluang kerja untuk Business graduate. Fikir-fikir, macam mana dengan core Science graduate? Hurmm, balik-balik, tu semua bergantung kepada apa "goal" dan matlamat hidup kita.

Hehe, insyaAllah awal bulan 11 ni Saidah stay kat Wangsa Maju. Sesiape yang nak tahu camne nak apply sambung belajar luar negara/ tips dalam kerjaya (acewah,hehe)..boleh kontek Whatssapp no. hp  Saidah: 019-4507224 (Bagi intro dulu : siapa & kenapa kontek ..^^)

p/s: Dulu Saidah buat segmen join dengan saudara Ikhwan, tapi Saidah tak aktif.. Tapi jangan risau, yang Saidah janji untuk hantar 3 poskad dari UK saidah dah hantar kepada pemenang. Yang Saidah berhutang, untuk 2 pemenang Saidah kena pos "fridge magnet" dari Scotland. Ade, tapi tak berkesempatan lagi.. Dalam masa terdekat ye, Saidah akan kontek yang bertuah tu.

Semoga usaha dalam hidup kita selalu menjadi inspirasi dan asbab kepada orang untuk melakukan kebaikan. InsyaAllah, (pesanan untuk diri sendiri sama).
Post a Comment

Daisypath - Anniversary