Pages

Sunday, 5 May 2013

Sumber kekuatan & semangatku

Salam,

Bila baca banyak blog orang, rasa nak tulis pasal diri sendiri. Pasal kisahku..hehe.Ramai kawan-kawan cakap semangat Saidah tinggi. Positif sangat2. Yup, betul. Saidah tak suka fikir negatif. Orang cakap ape, Saidah akan pusing jadikan dia positif balik. Selalu je bermonolog sendiri. "Saidah kuat. Takde orang yang akan tolong Saidah melainkan kamu sendiri". Dan ada satu kata-kata mak yang Saidah ingat sampai sekarang. Yang tu, perenggan akhir yer.hehehe...

Zaman SPM

Saidah bermula serius belajar sejak Tingkatan 4. Percaya tak?hehe. sebab tak percaya Allah bagi PMR 8A. Padahal percubaan macam ape je.huhu...Saidah Form 1-Form 3 kat sekolah biasa. Tapi kelas elit. Belakang rumah je sekolah tu. Tapi wajib duduk asrama. Kalau tak, kena keluar dari kelas elit. Apelagi, sebab homesick teruk, selalu temberang dengan cikgu asrama & wat "trick" balik rumah senyap2. haha. tup2, mak abah terkejut anak dah bagi salam nak masuk umah. lawak betul..

Lepas tahu PMR, Saidah dapat SBP. Punyala gembira mak abah. Adik masa tu dah ade sekolah MRSM, MRSM Jeli, Kelantan. Jauh betul rasanya pergi Jeli tu.huhu... Ha, mak abah gembira lah. Saidah dapat SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu. Dekat. Senang. Masa tu kawan-kawan yang dapat 8A pun ramai dah takde, sebab pergi SBP/MRSM. Tapi tak mencabar, kawan-kawan dapat sekolah jauh. Saidah dapat Terengganu... apa laa Saidah nih fikir...

Lepas 2 minggu belajar, (Saidah join kadet polis, rasa segak betul pakai uniform.hehe.. semangat nak belajar & tanya soalan banyak2 kat cikgu dalam kelas sebab diri ini smart beruniform)...Saidah dapat tawaran ke MRSM Beseri, Perlis. Tak pernah dengar beseri tu dekat mana. Dunia ape ntah. Tapi gembira. Sebab jauhh nun kat Perlis. Suka la jauh2 ni. Ade sebab nya..hehehe...

Kat MRSM Beseri, Saidah pakai tudung dari SBP Integrasi tu. SBP Integrasi ni bekas sekolah agama sebenarnya. Jadi, tudung labuh lebih dari punggung dan siku. Waahh...pengalaman yang best. Jadi, pertama sampai semasa minggu suai kenal, kakak senior dah intai Saidah untuk masuk Biro Agama dan Dakwah sekolah...hehe..Saidah ni takdelah alim sangat...jadi, bila dapat jawatan Majlis Tertinggi, rasa Saidah sangat tak cukup ilmu..huhu...nak menasihat kawan-kawan pun rasa Saidah patut menuntut banyak ilmu lagi...apepun, kenangan yang mematangkan diri...Sebab Saidah jenis aktif orangnye. Bukan lemah lembut, perasan la..hehe. Suka berfesyen pun yer. Jadinya, semasa Dinner sekolah, boleh orang cop Saidah Datin..adoi..siap ada pasangan lagi..haha. Bab sukan, hanya marathon sahaja yang menarik minatku...Sejak dapat top 10 runner maktab, Saidah semakin semangat dalam bermarathon...


Lepas SPM

Saidah isi cuti dengan belajar menjahit.hehe.. tapi sampai sekarang tak terer sebab boleh buat baju tidur je..Baju kurung tu tak berapa betul menjadi kut kalau dapat buat pun. Asasnya adalah. Kata mak, walaupun belajar pandai-pandai, kerja bagus..perempuan nanti dah kahwin biar dia jahit baju famili dia..bagus betul visi mak..hehe..

Matrikulasi

Saidah sangat keliru untuk ke peringkat seterusnya. Sebab, ada beberapa pilihan. Pertama, dapat Asasi Undang-Undang UiTM Shah Alam (KPTM). Kedua, dapat interview Ijazah Luar Negara TESL dari IPG. Ketiga, dapat Matrikulasi Pahang. Cita-cita Saidah dari dulu nak jadi Diplomat. Jadi, undang-undang difikirkan terbaik waktu tu..Walaupun sebenarnya sedih nak tinggalkan sains. Saidah minat gila biologi dan fizik. Sebab suka eksperimen dan selalu dapat markah tinggi dulu.hehe..Minat yang tu lagi daripada Matematik Moden.

Belajar di Asasi Undang-Undang UiTM S.Alam banyak mematangkan Saidah. Dapat skil debat, keyakinan diri yang tinggi, tengok budaya "pelik" di kalangan budak-budak keluarga elit, dan macam-macam la. Saidah kurang minat menghafal. Memang bukan jenis menghafal. Belajar pun jenis releks.hehe...Jadinye, keputusan subjek "civil law" takla gempak 4.00 macam kawan baikku. hehe...Takpe, tak kisah. Subjek paling minat; International Law.. suka betul. Yang tu dah nampak minat Saidah dah berubah pulak. Selari dengan Saidah yang minat baca berita2 berkenaan luar negara, bisnes dan politik.

Ijazah

Saidah pilih pilihan bukan undang-undang..huhu..sungguh berat keputusan waktu tu..Yelah..kawan-kawan semua ambil undang-undang. Tapi, Saidah takkan buat ape yang bukan minatku. Ku susah nak menghafal kes2..Apepun. Saidah dah target, akan belajar sungguh2. Nak dapat ANC. Nak belajar ke luar negara untuk peringkat seterusnya. Haa, di situlah motivasi ku yang kuat bermula....

Teringat semasa di MRSM, cikgu kelas cakap kat mak " Saidah akan jadi Duta nanti, kuat semangatnya tu". Sampai sekarang rindu kat cikgu tu. Cikgu BI. Sebabnya, Saidah selalu buat karangan, tunjuk kat dia. Sebab nak pandai BI. Keputusannya, daripada dapat selalu C, Saidah dapat A berterusan atas kata-kata semangat dia. Sangat bermakna cara pengajaran dia pada Saidah. Nanti balik Malaysia nak cari cikgu tu. Nak bagitahu pasal Saidah..huhu..Tq teacher!!!

Perenggan akhir

Haa, sebagaimana yang dijanjikan apada perenggan pertama..Saidah cerita. Sumber kekuatanku adalah kata-kata perangsang mak bagi kat Saidah..Sayang sangat kat mak...Bila baring kat sofa, masa tu Part 2 Ijazah, mak menambah obor-obor untuk semangatku..hihi..dengan berkata, "Yong ni sangat kuat semangat. Tak menyerah kalah. Mak bangga dengan yong". Masa tu nak nangis je. Ada banyak sebab...Salah satunye, sebab dulu orang akan cakap Saidah "tak tahulah die ni nanti camne". Hehe. Sebab selalu buat yang unexpected..sebab hyper kut.hehe..

Okeylah. setakat ni dulu..banyak pengalamanku n cabaran hidup boleh dicerita...Sangat menarik liku-liku hidup ni. hehe..pepun, yang ni je boleh dikongsi, agar orang lain pun boleh merasa "U can do it". Takde ape yang mustahil. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Terima kasih mak & abah. Tak dilupa, guru-guruku. Terima kasih^^. Alhamdulillah.

Sekian..=)



Post a Comment

Daisypath - Anniversary