Pages

Friday, 24 May 2013

Islamaphobia meningkat di London susulan pembunuhan seorang askar British


Liputan meluas media UK dan ucapan Barack Obama mengenai serangan pengganas di London

Pada 22 Mei 2013, seorang askar British telah dibunuh di Woolwich, London dengan pisau pemotong daging oleh 2 orang suspek rakyat Britain, yang salah satunya dikenal pasti seorang lelaki berbangsa Nigeria. Bagaimanapun, dua suspek tersebut telah ditembak serta merta di tempat kejadian, dengan disaksikan orang ramai selepas polis tiba 20 minit susulan serangan. Lelaki itu, Michael Olumide Adebolajo atau nama Islamnya, Mujaahid separa sedar ketika ini, menurut akhbar online theguardian.co.uk hari ini. 
Kejadian ini adalah pertama selepas Britain sunyi dari Islamofobia selepas serangan bom berani mati 7/7 pada tahun 2005. Untuk makluman, sangat ramai pemastautin Islam di London terutamanya di pinggir-pinggir London. Saidah ada mengikuti beberapa kuliah bersama Muslim UK, dan ada Muslimah berkata tiada masalah untuk Muslim bekerja di London. Dan ada pula berkata perspektif orang tempatan terhadap Muslim di London kurang positif, maknanya..kurang mesra..tak seperti beberapa tempat lain di UK seperti di tempat Saidah, Edinburgh.
Adebolajo, atau Mujaahid (orang yang berjihad) dikatakan memeluk Islam pada 2003, dari agama asalnya, Kristian. Orang yang bertanggungjawab mengajar Mujaaahid adalah seorang kerani, Omar Bakri Mohammad, yang telah dibuang dari Britain. Sebab Omar dibuang adalah kerana organisasi yang disertainya, al-Muhajiroun dikatakan berunsurkan keganasan/extremist views. Dalam soal siasat terhadap Omar, Adebolajo adalah seorang yang pendiam dan kemarahannya berpunca daripada penaklukan Iraq dan telah menghadiri siri pertemuan dengan oraginisasi haram antara tahun 2004 hingga 2011.
Menurut kenyataan akhbar, salah seorang dari suspek mungkin berkemungkinan telah ke Somalia, sebuah negara yang dipercayai Rumah Putih melatih pengganas dalam seruan jihad. 

Gambar: di tempat kejadian - serangan keganasan Woolwich 

Hmm..di sini ada kenyataan seorang suspek dari akhbar The Telegraph: 
"Bercakap dengan slang London, suspek memegang pisau pemotong daging yang dipenuhi darah dengan berkata 'Kami bersumpah dengan nama Allah yang kami tak akan berhenti berjuang sehingga kami dibiarkan bebas dengan cara kami. Kamu tidak akan pernah selamat. Hanya satu sebab kami buat seperti ini, sebab Muslim dibunuh negara ini setiap hari' Dan kerana itu, singkirkan kerajaan kamu yang ada sekarang, kerajaan kamu tak kisah pasal kamu. Bagitau ahli politik kamu supaya bawa balik tentera yang dihantar sana, ..jadi kamu boleh hidup dengan aman'....
Huhu,,..macam mana la mamat ni boleh fikir nak buat macam ni..kat London pulak tu. Kesian komuniti Muslim yang dah bekerja, bukak perniagaan, dan ada famili kat satu UK, terutamanya ramai nun kat London. Masyarakat UK sedia ada friendly dan tak bagi ancaman pun. Ni dah tak pasal2 nak bagi penyakit..
Versi yang sadis, ada saksi di situ berkata "suspek seolah-olah cuba untuk mengeluarkan organ mangsa" sebab pegang pisau pemotong daging. Hohoho...dan versi yang lebih sadis, dari sumber BBC..iaitu ada saksi mendakwa salah seorang suspek melaungkan takbir "Allahuakbar" dan mereka seolah-olah mahu bersembahyang/solat sebelah mayat seakan mayat itu adalah pengorbanan mereka.
Kejadian ini turut mendapat perhatian Barack Obama, yang menyifatkan sebagai sekutu rapat US, insiden ini adalah sangat memberi kesan dan menentang sekeras-kerasnya serangan keganasan ini. (Rasanya nak sama dengan ucapan PM kita, apabila berlaku siri kejadian mcm ni (bab ulasan menentang kegansan)).

Ancaman kepada komuniti Muslim

Susulan kejadian ni, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pegawai Education Malaysia UK supaya pelajar terutamanya perempuan tak keluar malam seorang diri..Sebabnya, ada video yang memaparkan bagaimana seorang pejalan kaki, perempuan Islam ditolak oleh orang tempatan sehingga tersembam mukanya dan jatuh pengsan di atas jalan. Menakutkan bila dah timbul kejadian-kejadian macam ini,...ape nak jadi dah dunia sekarang..
Selain itu, terbaru jugak, di London, polis telah meningkatkan kawalan dengan menempatkan 1,200 polis tambahan untuk sebarang kemungkinan tindak balas. Dozen kejadian berkaitan Islamofobia telah dilaporkan susulan kejadian pembunuhan ini, termasuklah serangan ke atas 4 buah masjid.
Tidak terkecuali, The Muslim Council of Britain mengutuk pembunuhan tersebut sebagai “truly barbaric” act with “no basis in Islam”.
Wakil tersebut berkata, “We call on all our communities, Muslim and non-Muslim, to come together in solidarity to ensure the forces of hatred do not prevail.” Haa...bersyukurlah kita, negara kita takde kejadian seumpama ni. Kita bebas mengamalkan ajaran agama kita. Nak kekalkan itu yang mencabar, kan? Oleh itu, marilah kita bersatu hati dalam mengekalkan keharmonian negara...
P/s: Komen dari masyarakat Britain boleh klik di sini...(sedih macam mana diorang buktikan dengan ayat al-Quran ada ajakan ke arah keganasan...apa sepatutnya tindakan kita ya?

Sumber: 
1) Dodd,V., Hopkins. N, Watt, N and Laville, S., (24 May 2013). The Guardian UK. <http://news.uk.msn.com/guardian/woolwich-attack-mi5-knew-of-men-suspected-of-killing-lee-rigby-1>




Post a Comment

Daisypath - Anniversary